Waktu Imsak & Berbuka Puasa 1433H/2012M

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi portal rasmi http://www.islam.gov.my/ telah mengeluarkan jadual lengkap waktu Imsak dan berbuka Puasa bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia untuk Tahun 1433H/2012M sebagai panduan kepada seluruh umat Islam di Malaysia dalam menjalani ibadah puasa.

Klik disini

Koleksi Lagu Raya MP3

Koleksi lagu-lagu raya yg sedap didengar sepanjang masa.Ni bukan la lagu baru,tapi lagu² lama yg masih diminati hingga kini. Berikut adalah link download dan senarai lagu yg tersedia ada.Boleh download bila² masa sahaja.

Aishah - Pulanglah
Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti
Anuar & Elina - Suasana Hari Raya
Asha Malik - Pulang Di Hari Raya
Awie - Raya Yang Sempurna
Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri
DJ Dave - Menjelang Hari Raya
Fazidah Joned - Selamat Hari Raya
Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri
Jeffrydin - Musafir Di Aidilfitri
Junainah - Suasana riang di hari raya
Krisya - Satu Hari Di Hari Raya
M. Nasir - Suatu Hari Di Hari Raya
Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya
Othman Hamzah - Gembira Bersama Di Hari Raya
P. Ramlee - Dendang Perantau
P.Ramlee - Suara Takbir

DOWNLOAD-KLIK SINI

Kak..saya nak segelas air.

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”

Direnungkan wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

“Tak perlu bayar.”

“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan
"ALHAMDULILAH" dan terima kasih.”

“Okey, ALHAMDULILAH. Terima kasih kakak”

Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.

Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yang serius. Dia telah dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah pengawasan oleh seorang doktor pakar.

Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun dia sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”

Pengajaran ::
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH SWT sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.

Renungkanlah Firman ALLAH yang bermaksud, “Berbuat baiklah (kepada hamba ALLAH ) seperti mana ALLAH berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” - Surah al-Qasas, ayat 77

Rasulullah SAW bersabda," Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)." - Hadis Riwayat Muslim

Sumber dari Majalah Solusi.

Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat

Alhamdulillah.....tercapai juga hasrat kami sekeluarga utk mengadakan kenduri menyambut puasa.Ia disertai dgn bacaan yassin dan doa selamat.Walaupun dgn modal dan masa yg terhad,hidangan dpt juga disediakan utk para tetamu.



Segala persiapan memasak lauk-pauk dimasak sendiri dan dibantu oleh jiran terdekat.Terima kasih jiran²ku :-)
Kenduri  berlangsung pada 6 Julai 2012 hari Jumaat selepas Isyak.Kerja² mengupas bawang,potong daging,potong sayuq menumis dan mcm² lagi bermula lepas aku balik sembahyang Jumaat.Time ni dah mula sibuk.Dengan sikecik ni (Muhd Adam Harith) yg tak mau duduk,nak berdukung jaa,aku dpt buat keja sat² jaa.Yg lebihnya kena mengasuh.Janji dpt potong daging dah laa,yg lain² bini aku yg buat.



Dah dekat pukul 6ptg baru laa siap hampir 90%.Lauk-pauk semua dah masak.Tunggu nasi jaa.Lepas tu bancuh ayaq Ribena + lemon.

Antara menu utk kenduri malam tu,gulai daging,sambal udang,sayur campur goreng,sambal belacan,ulam-ulaman,papedom,apam mekar,kek pelangi karamel & buah tembikai sbgai pencuci mulut.


Antara menu pada malam kenduri tu...simple² jaa.Masak pun kelam-kabut.

Apam Mekar

Ulam-ulaman & sambal belacan

Sayur campur goreng

Sambal udang

Kek karamel & Papadom

Dah siap!!

Selesai jaa solat Isyak,para jemputan mula sampai ke rumahku.Majlis dimulakan dgn bacaan yassin yg dipimpin oleh En Fendi,jiranku dari blok F.Diikuti dgn doa selamat.



Alhamdulillah,selesai sudah...tercapailah niat kami sekeluarga.Jemput makan semua.jgn malu²,tak cukup tambah lagi.


hee..hee...nak makan pun kena beratuq jugak nooo...biasa laa,rumah saiz kondo.Nanti ada rezeki au buat kenduri kat bawah,pasang khemah.  :-)

Ni diantara kaum ibu yg hadir.Yg aku jemput ni pun jiran tetangga yg terdekat.Nak jemput semua sahabat handai,kenduri ni ala kadar jaa.bajet kecik.jemput orang² surau.Insyaaallah,kalau ada rezeki lebih,aku jemput semua.Harap jgn ada yg berkecil hati.

Dah selesai semua.Tapi ada lagi yg menunggu! Kemas mengemas,basuh membasuh...aduiii penatnya.Tapi seronok.

Spain juara EURO 2012!!

Tahniah Spain! Siap belasah Italy 4-0.Memang best game pagi tu.Tak sia² aku lepak bola kat mamak.
Bukannya tak mau tgk kat rumah,tapi bila gol nak jerit kuat² tak boleh.Lagipun kalau kat mamak ni,mcm² gelagat boleh tengok.

Pasukan Spain meraikan kejayaan!



Gol pembukaan

Gol!!!


Thiago Motta yg baru masuk beberapa minit,terus injured.Ni yg Italy terpaksa main dgn 10 orang.


Torres ni kalau 'true pass' memang dia minat.Mesti gol punya lah!

Keputusan penuh:Spain 4-0 Italy
Gol² jaringan:
Silva minit 14
Jordi Alba minit 41
Torres minit 84
Juan Mata minit 88

Hari Larian "DKSH Alladdin Charity Run"


Akhirnya,DKSH Fantree Club Alladdin Charity Run sudah sampai ke kemuncaknya.Seawal pagi,para peserta bersemangat utk membuat larian.Kategori demi kategori dilepaskan pada jam 7.00pagi.Maka bermulalah acara kemuncak...lari!!
haa..haa...lari sekejap jerr,tapi ramai yg berjalan.Tak per asalkan ambil bahagian meriahkan acara.Yg penting sporting!!

ni ada laa beberapa keping gambar yg sempat aku ambil dgn kamera murah.Layan....

semua gambaq² ni selepas larian.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More