
Keputusan akhir pemilihan PKR tidak mengejutkan apabila Azmin Ali memenangi kerusi timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh Malaysiakini, Azmin mendapat 19,212 undi berbanding pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub yang cuma mendapat 4,567 undi.
Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.
Begitu juga dalam persaigan kerusi nombor tiga apabila...