Perkongsian: Jangan Share Benda² Ni di FB


Intipati Bajet 2014






Antara pemgumuman penting dalam BAJET 2014 adalah :-


• Bajet 2014 bertema “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji
• Lima teras utama digariskan iaitu Merancak Aktiviti Ekonomi Teras Bajet; Mengukuh Pengurusan Fiskal Teras Bajet; Mengunggul Modal Insan Teras Bajet; Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar Teras Bajet; dan Mensejahtera Kehidupan Rakyat
• Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.
•  Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara  2 peratus dan  3 peratus.
•  Eksport barangan diunjur berkembang  2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang  9.6 peratus.
• Pendapatan per kapita pada  2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.
•  Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.
• Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek
• Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
• Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
• Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.
• Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.
• Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
• Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
• Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
• Projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.
• Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.
• Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.
• Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.
• Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.
• Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.
• Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.
• Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.
• Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.
• Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.
• Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.
• Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.
• Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.
• Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi kontrak kewangan.
• Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
• Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.
• Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.
• Kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama 3 tahun sehingga 31 Disember 2016.
• Menyediakan Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bilion bagi membiayai projek infrstruktur pelancongan.
• Fasa kedua projek ‘High Speed Broad Band’ (HSBB) dengan kos pelaburan RM1.8 bilion dan  kelajuan Internet mencapai 10 megabits sesaat untuk dimanfaat 2.8 juta isi rumah di seluruh negara.
• 1,000 menara pemancar komunikasi dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion untuk meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar.
• Kabel dasar laut yang baharu dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos RM850 juta untuk tingkat capaian Internet di Sabah dan Sarawak.
• Kerajaan bercadang tingkatkan sumbangan dalam Skim Persaraan 1Malaysia daripada 5% kepada 10 peratus, iaitu daripada jumlah minimum RM60 kepada RM120 setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 sehingga akhir 2017.
• Insentif RM500 sekali bayar kepada pencarum Skim Persaraan Swasta yang mempunyai pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 bagi tempoh 5 tahun.
• RM6 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan program pertanian mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.
• RM2.4 bilion bantuan subsidi dan insentif merangkumi subsidi baja, benih, pengeluaran padi, harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan.
• Peruntukan RM243 juta bagi pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan.
• RM634 juta diperuntukkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkat produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi.
• Kerajaan akan melaksanakan projek ternakan udang kara di Semporna, Sabah yang dapat mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan.
• Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
• Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.
• Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).
• Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.
• Kerajaan mensasarkan 5,000 usahawan muda dilatih setiap tahun.
• Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 November, 2013.
• Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.
• Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.
• Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS.
• Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Disember, 2017.
• Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Januari, 2014 hingga 31 Disember, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.
• Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.
• Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).
• Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.
• Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2014.
• Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar.
• Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
• Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.
• GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.
• Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.
• GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan.
• Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih.
• Apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan akan beri bantuan tunai RM300 sekali bayar kepada penerima isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); kadar cukai individu akan dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan; dan struktur cukai pendapatan individu disusun semula.
• Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST akan diberi potongan cukai tambahan bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
• Geran latihan RM100 juta akan disediakan kepada perniagaan yang menghantar kakitangan menjalani latihan GST pada 2013 dan 2014.
• RM150 juta bantuan kewangan bagi PKS untuk membeli perisian perakaunan pada 2014 dan 2015.
• Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan GST.
• RM2.9 bilion diperuntukkan bagi projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan kemudiannya dilanjutkan ke Johor Bahru serta menaik taraf landasan kereta api seluruh negara.
• Dana pinjaman berjumlah RM50 juta diperuntukkan di bawah Tabung Usahawan Siswazah menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 dengan kadar faedah 4% bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah.
• Bagi menggalakkan pematuhan Dasar Gaji Minimum, kerajaan cadang beri potongan cukai tambahan kepada majikan untuk bayaran perbezaan gaji yang ditanggung pada 2014.
• Pembayar cukai yang membuat potongan cukai bulanan (PCB) tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan jika berpuas hati PCB adalah dianggap cukai muktamad, berkuatkuasa tahun taksiran 2014.
• Kaedah pemberian subsidi distruktur semula secara berperingkat. Hasil penjimatan subsidi akan diberi secara terus dalam bantuan tunai dan sebahagiannya digunakan untuk menampung pembiayaan projek pembangunan.
• Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok.
• Kerajaan akan menyediakan kit rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) yang bernilai RM19,000 seunit secara percuma kepada pesakit kegagalan buah pinggang tahap akhir untuk membuat rawatan sendiri di rumah.
• Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi melebar dan mendalamkan Sungai Bertam di Cameron Highlands.
• Kerajaan akan memberi galakan Elaun Cukai Pelaburan ke atas pembelian peralatan teknologi hijau dan pengecualian cukai pendapatan ke atas penggunaan perkhidmatan serta sistem teknologi maklumat.
• Yayasan Hijau Malaysia akan ditubuhkan dengan  geran pelancaran sebanyak RM15 juta sebagai dana permulaan.
• Kerajaan dan sektor swasta akan membina 223,000 unit rumah dengan harga berpatutan tahun depan.
• Daripada jumlah itu, 16,473 unit rumah akan dibina oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan RM578 juta.
• JPN juga akan membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu dengan peruntukan RM146 juta.
• Rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak.
• 80,000 lagi unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
• Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 26,122 unit rumah yang meliputi 15,122 unit Rumah Mampu Milik; 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 Rumah Mesra Rakyat (RMM).
• Kategori baharu RMM diperkenal dengan harga jualan antara RM45,000 hingga RM65,000 selain memberi subsidi antara RM15,000 hingga RM20,000 seunit.
• Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome diperkenal yang menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada setiap pemaju.
• Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
• BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
• Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000.
• Kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.
• Kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak 1 mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus daripada tahun taksiran 2016.
• Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan sebanyak 1 hingga 2 mata peratusan daripada tahun taksiran 2015.
• Yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai dibenarkan sebagai potongan cukai daripada tahun taksiran 2015.
• Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberikan Elaun Modal Dipercepat sehingga tahun taksiran 2016.
• Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500.
• Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan bagi semua pembayar cukai.
• Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.
• Kadar cukai maksimum semasa pada 26 peratus akan dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus.
• Langkah-langkah ini akan berkuatkuasa mulai 2015.
• RM54.6 bilion atau 21 peratus daripada Bajet 2014 diperuntukkan untuk melonjakkan pencapaian tahap akademik dan kemahiran yang tinggi. RM831 juta diperuntukkan untuk membina 33 sekolah baru dan menaik taraf sekolah sedia ada.
• Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelanggaraan Sekolah terima tambahan dana RM450 juta.
• Bagi memperkasa pendidikan tertiari, RM600 juta diperuntukkan sebagai geran penyelidikan di institusi pengajian tinggi awam dan RM110 juta diperuntukkan untuk teruskan program MyBrain15.
• Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia sedia peruntukan RM400 juta untuk syarikat berdaftar melatih pekerja meningkatkan kemahiran dan melatih bakal pekerja.
• Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah serta Baucar Buku 1Malaysia RM250 kepada penuntut pra-universiti dan institusi pengajian tinggi, yang masing-masing melibatkan peruntukan RM540 juta dan RM325 juta, diteruskan.
• RM130 juta diperuntukkan bagi subsidi pengangkutan udara luar bandar terutama bagi penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak; dan RM52.9 juta untuk teruskan subsidi perkhidmatan keretapi di laluan Wilayah Timur, iaitu Pahang dan Kelantan beri manfaat 600,000 pengguna.
• Kerajaan akan membina dan menaik taraf empangan serta loji rawatan air terawat dengan peruntukan RM1.2 bilion.
• Kerajaan memperuntukkan RM8.8 bilion kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)
• RM200 juta bagi melengkapkan PDRM dengan senjata api, jaket kalis peluru, alat pengesan narkotik, sistem biometrik dan kenderaan forensik.
• Tambahan 496 kamera litar tertutup (CCTV) di 25 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan peruntukan RM20 juta
• Tambahan 200 motosikal untuk Unit Rondaan Bermotosikal PDRM tahun depan menjadikannya 2,000 buah motosikal dalam tempoh dua tahun.
• RM239 juta diperuntukkan bagi meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan.
• RM62 juta bagi kemudahan 'park and ride’ di stesen LRT, KTM Komuter dan ERL.
• RM15.3 juta bagi Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat bagi memastikan pengagihan teksi kepada penumpang dengan lebih cekap.
• RM28 juta bagi membina hentian akhir bandar dan menaik taraf perhentian bas serta kemudahan ‘drop-and-ride’.
• RM28 juta bagi membaik pulih tren Electric Multiple Unit bagi memastikan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan.
• RM20 juta bagi program Cabaran Perniagaan Luar Bandar.
• Pegangan ekuiti dan pemilikan hartanah Bumiputera akan ditingkatkan melalui Skim Jejak Jaya Bumiputera, Skim Amanah Saham Bumiputera 2 dan pengukuhan institusi hartanah Bumiputera.
• SME Bank akan menubuhkan Dana Ekuiti Bumiputera atau EquiBumi dengan peruntukan RM300 juta untuk menyediakan kemudahan pinjaman kepada syarikat Bumiputera yang berwibawa bagi mengambil alih syarikat tersenarai atau syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
• Kemudahan pinjaman RM200 disediakan oleh SME Bank bagi program pembangunan semula Tanah Rezab Melayu di kawasan strategik.
• Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) akan diwujudkan dengan dana permulaan RM30 juta.
• Perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat utama, terutamanya GLC, akan diberi potongan cukai dua kali bagi meningkatkan pengukuhan program pembangunan vendor.
• Kemudahan pembiayaan pinjaman mudah bagi PKS daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (dana RM300 juta) dan Tekun (dana RM700 juta).
• RM50 juta disediakan menerusi Skim Pembiayaan Muda India (SPUMI) di bawah Tekun.
• Pinjaman juga disediakan bagi usahawan India Malaysia menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.
• Cukai Keuntungan Hartanah dinaikkan kepada 30 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun. 
• Harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta.
• RM1 bilion untuk Dana Mudahcara Perumahan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas).
• Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk mengukuhkan pasaran hartanah dan meningkatkan peluang bagi rakyat memiliki rumah.
• Peruntukan RM331 juta untuk meneruskan program penyeragaman harga dan pemberian subsidi termasuk kos pengangkutan di Sabah dan Sarawak.
• RM30 juta untuk membuka 60 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi membantu mengurangkan harga keperluan harian.
• Pelepasan cukai khas RM2,000 untuk pembayar cukai dengan pendapatan bulanan sehingga RM8,000 ke atas pendapatan 2013. - 25 Oktober, 2013.

SUMBER

Bajet 2014 Live Streaming

BAJET 2014



Ikuti siaran langsung Bajet 2014 melalui Live Streaming di SINI

Selamat menonton!

Aqiqah

PENGERTIAN ‘AQIQAH

‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala. 
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH

Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
 WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH

Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.


Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
ÙƒُÙ„ُّ غُلاَÙ…ٍ رَÙ‡ِÙŠْÙ†َØ©ٌ بِعَÙ‚ِÙŠْÙ‚َتِÙ‡ِ تُØ°ْبَØ­ُ عَÙ†ْÙ‡ُ ÙŠَÙˆْÙ…َ سَابِعِÙ‡ِ , ÙˆَÙŠُØ­ْÙ„َÙ‚ُ ÙˆَÙŠُسَÙ…َّÙ‰ .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

 SYARAT ‘AQIQAH

Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.


Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur. 
 PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

Berdoa semasa hendak menyembelih:


 Ø¨ِسْÙ…ِ اللهِ ، اَللهُ Ø£َÙƒْبَرُ ، اَللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù‡َØ°َا Ù…ِÙ†ْÙƒَ ÙˆَØ¥ِÙ„َÙŠْÙƒَ عَÙ‚ِÙŠْÙ‚َØ©ٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".


Menyembelih ketika matahari sedang naik.


Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.


Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.


Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.


Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu. 


PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.


Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.


Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas. 


Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.


Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya. 


Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.


Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.


Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.

Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.


HIKMAH ‘AQIQAH

‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. 
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
 Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.

Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:

‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.


Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.


‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.


Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.
 

SUMBER

Balkoniku:Retak Menanti Belah

Kali ni entri berkenaan my home sweet home pula.Rumah yg diduduki hampir 2 tahun lebih.
Ni masalah retak kat bahagian balkoni.Nasib rumah ni masih dalam tempoh 'warranty'.Jadi, segala kos pembaikan ditanggung oleh pihak pemaju.
Sebenarnya report defect ni dah buat lama dah...seingat aku, dah hampir setahun.Tapi pihak yg bertanggung jawab mengambil masa yg agak lama utk membaiki kerosakan ni.mmmm.....ni la nasib ku.
Berbalik kepada status balkoni tadi, kesan rekahan aku perasan sejak ambil kunci lagi.Pada mula biarkan jer,sebab sikit jerr.Tapi lama-kelamaan, kesan tu jadi bertambah panjang.Risau jugak kalau terjadi apa-apa.
Bila pihak kontraktor mai check, alhamdulillah..ni rekahan biasa.Cuma simen luar jer.Pihak kontraktor cuma, 'plaster' balik kesan rekahan tu.Kerja-kerja pembaikkan hanya mengambil masa satu hari.




Kerja-kerja pembaikkan sedang dilakukan.


Dah siap simen





Dah siap....tunggu minggu depan, depa kata nak mai cat.
Tunggu punya tunggu, sampai sekarang tak datang cat.Apa punya janji daaa, memang tak boleh pakai dengan janji pihak kontraktor Z**** ni.
Tapi, apa pun alhamdulillah,balkoni yg dulu nampak rekahan, sekarang dah ok.

Lepas buat kat balkoni, proses tampal resapan kat siling bilik air pula.
Kesan air, tapi tak ada bocor pulak.Alang2 masih dalam 'warranty' report jer la.




Orait, dah siap tampal.Sekarang dah tak nampak kesan air tu lagi.

Sekian laporan dari saya.hee..hee

Tips Android: Jadikan henpon anda Universal Remote


Kat sini aku sertakan tutorial bergambar,macam mana nak jadikan henpon hangpa sebagai remote.

Ok,mula² masuk GOOGLE PLAY,cari Aplikasi WATCH ON.Download masuk phone.





Kemudian masuk Apps, cari Aplikasi WATCH ON tadi.



Klik Select country and region,




Pilih Malaysia



Pilih provider (Astro utk Astro, MYFTA utk kalo tv pakai arial) 
Pilih ASTRO




Kalau kluaq mcm ni,pilih SKIP jer..




Pastu klik Agree (kalo nak baca pun ikut hangpa la)




Lepas klik Agree, kluaq mcm ni




Lepas closed pop-up tadi, klik ikon remote kat atas tu.




Pilih Set Up Now




Pilih jenama tv yg anda




Lepas tu,tutup tv anda (pakai remote tv) , kemudian halakan henpon ke tv, tekan butang POWER tu.




Kalo tv tu ON balik lepas tekan butang power tadi, pilih Yes this code work kalo tak on, pilih Send this code again, untuk cuba lagi.




Ni untuk ASTRO pula.Kalau korang pilih ASTRO kat provider tadi, pilih  Set-top box




Plih Astro




Halakan henpon ke Astro dekoder, lepas tu tekan CH button




Kalau Astro tertukaq channel lepas tekan butang tadi, pilih Yes this code work.Kalau tak jadi, pilih test next code atau send this code again utk mencuba sekali lagi.

Tadaaa.....dah siap.Ni la remote Astro tu.




Bila dah siap,try klik ikon watch on atas tu, ambik Channel guide,untuk tengok saluran serta program yg ditayangkan.







Yg bestnya, hangpa boleh search ja,crita apa yg nak tengok




Ni untuk henpon yg ada Infrared jer.
Model Samsung Galaxy S4, S4 Mini, Note 3, Samsung Mega 6.3
Yg lain² pandai² la cari sendiri.he..hee

Sekian,selamat mencuba!!












Promosi Ulangtahun 1 Unlimited WifiNet

Berita baik buat penghuni di Apartment Laguna Biru,Kundang.
Unlimited WifiNet akan membuat promosi sempena ulangtahun pertamanya.
Dengan pembelian tiket wifi berharga RM30.00 (sebulan), anda akan mendapat tiket wifi
yg bernilai RM10.00 (seminggu) secara PERCUMA!!!
Promosi ini sah dari 1 Sept hingga 10 Sept 2013.
Cepat! Cepat! sebelum terlambat!

Ada lagi bonus berganda utk anda!
Nikmatilah servis Unlimited WifiNet secara PERCUMA dari 1 Sept hingga 5 Sept 2013!!
Layari dunia internet sepuas-puasnya..
 


Rujukan Akta 663



AKTA 663
Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007

Ia boleh dijadikan sebagai rujukan bagi mereka yg tinggal dikediaman berstatus 'pangsapuri' .
Pembeli/Ahli wajib ambil tahu apa yg terkandung didalam Akta ini.

Untuk membaca lebih terperinci,sila klik AKTA 663

Terbaru!!! 

AKTA 757
AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

DOWNLOAD DISINI
sumber rujukan : carian Google

Kisah Tok Tahet Gila


Sayugia kisah ni berlaku kat satu kampong di sebelah utara negeri Tanah Melayu. Empunya kisah namanya Tok Tahir, disebabkan orang utara maka penduduk kampong panggil orang tua ni dengan panggilan Tok Tahet.
Tok Tahet ni kerjanya sebagai bilal di masjid kampong tersebut. Waima hari-hari dilaungkan azan selama berpuluh tahun, jemaah yang hadir tak seberapa boleh dibilang jari. Pelbagai program dibuat untuk mengimarahkan masjid juga tiada sambutan.
Bila bulan Ramadhan, berpusu-pusu orang hadir ke masjid untuk bertarawih berjemaah. Berlalu Ramadhan masjid pun lenggang kembali.
Maka bersuaralah Tok Tahet kepada imam masjid tersebut, Tok Kadir , yang digelar Tok Kadiaq oleh penduduk kampung, supaya mencari kaedah untuk meramaikan Jemaah. Namun kedua-dua orang tua gagal mencari penyelesaian.

Satu hari tepat jam 10 pagi, Tok Tahet pun tak semena-mena pergi ke masjid dan melaungkan azan.
“Allahuakbar, Allahuakbar”
Maka terkejut besar lah orang kampong. Tak pernah-pernah azan dilaungkan jam 10 pagi. Yang di pasar, di sawah, di kebun dan sekitar kampong berpusu-pusu orang ke masjid. Sangka mereka Tok Tahet dan tak betul, hilang akal kerana laungkan azan jam 10 pagi.

Belum pun selesai Tok Tahet laungkan azan, sudah ramai penduduk berkumpul di kawasan masjid. Mereka benar-benar Tok Tahet sudah gila ataupun mereng. Selesai azan, Tok Tahet pun keluar ke pintu masjid dilihatnya penuh kawasan luar masjid dengan penduduk kampong, dikira satu-persatu – hampir 200 orang juga detik hatinya. Ramai yang kehairanan tak kurang yang mentertawakannya.

Hang dah gila ka Tok Tahet”, tanya Paklong Bakaq, pengerusi JKKK.
La ni baru pukoi 10pagi, yang dok bang nak semayang apa ni. Tok Tahet ni gila ka apa?”, tanya Paksu Non, Ketua cawangan sebuah parti politik tersohor sambil gelak berdekah-dekah. Disambut hilai ketawa orang ramai di belakangnya.

Tok Tahet tersenyum sambil memerhati penduduk yang datang. Perlahan dia menjawab, “Hangpa tau ka, pagi tadi masa semayang subuh aku pulun azan, cuma 4 orang ja yang mai. La ni bukan waktu semayang, tapi bila aku azan hangpa pakat mai”.
“Jadi aku nak tanya hangpa, sapa yang gila. Waktu semayang panggey mai hangpa tak mai, tapi waktu gi ni hari hangpa pulun mai. Aku gila ka hangpa gila?”

Jawapannya ada pada kita semua........

Free Game Hack: Freedom Apps



Android application yg membolehkan kita beli coin secara percuma!
Aku dah try install Freedom .apk ni kat AigoPad anak aku.
Memang menjadi! Coin² yg kena bayar boleh dapat free jerr.
Seronok laa membeli-belah dengan coin yg banyak.

Download : Freedom v0.8.7

Kalau nak tengok game apa yg boleh dpat coin free serta versi Android yg sesuai,klik sini.

Freedom Compatibility List


Whatsapp+ (modded version)

Dah boring dgn Whatsapp yg ada sekarang ni? Nak yg lebih colourful?
Anda boleh download Whatsapp versi Modded ni,ke dalam SD kad.
Kemudian install dlm phone.


Boleh download Whatsapp modded version kat sini:-
Download Link

Koleksi Cerita:Kisah Aku Dengan Pakcik Kopiah

Bismillah...

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar Batu Buruk sementara menunggu interview di stesen minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
 
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang tak siuman pun lapar gak, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah-olah memanggilku. Aku pun balas tunggu sekejap. Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi.

Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi. Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: "Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari". Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu. Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. 

Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang-sorang, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu. Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik? Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah... Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. 

Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan. Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut). Satu kedai dia bayarkan. 

Ya Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing masing semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba tiba pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat-dekat. Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama. Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.

 Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. 

Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu. Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet.

Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan. Ya Allah. Kau peliharakanlah pakcik itu.

Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah SWT 

Wallahu a'lam 

 sumber:perkongsian internet

Pengawal Tidak Boleh Menyimpan My Kad Pelawat

PUTRAJAYA: Hanya mereka yang diberi kuasa secara bertulis saja dibenarkan memegang dan menyimpan kad pengenalan seseorang individu, sama ada untuk memasuki bangunan kediaman, syarikat, kementerian atau agensi kerajaan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor berkata, tindakan itu diambil untuk melindungi maklumat peribadi dalam MyKad, sekali gus mengelakkan ada pihak mengambil kesempatan melakukan perkara tidak bertangggungjawab.

“Tak kira siapa, semua pihak tidak boleh menyimpan kad pengenalan orang lain, kecuali mendapat kuasa secara bertulis daripada Ketua Pengarah JPN.
“Ia bertujuan melindungi maklumat di dalam Mykad, apatah lagi ketika ini, banyak maklumat peribadi dalam kad pengenalan mungkin boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Jainisah berkata, mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 79), di bawah Peraturan 8A, Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 78) adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain.

Beliau berkata, mengikut peraturan itu, pemilik bangunan atau pengawal keselamatan yang bertanggungjawab terhadap bangunan terbabit hanya berhak meneliti dan menyemak kad pengenalan.
“Selepas berpuas hati, mereka perlu mengembalikan semula kepada individu terbabit sebelum mengeluarkan pas atau permit sementara untuk berada di kawasan premis mereka.

“Mereka tidak boleh menyimpan jika tidak mempunyai surat kuasa secara bertulis,” katanya.
“Jika masih berdegil, mereka boleh dikenakan hukuman mengikut Peraturan 25 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
Sehubungan itu, katanya JPN menasihatkan pemilik bangunan supaya mencari satu mekanisme baru untuk membenarkan pelawat memasuki premis mereka tanpa perlu meninggalkan kad pengenalan di kaunter pengawal keselamatan.

Sumber : Harian Metro

Dividen KWSP naik 6.15% banding 2011

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengisytiharkan kadar dividen 6.15 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Kadar dividen ini adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding dengan kadar enam peratus yang dibayar pada 2011, mencatatkan rekod baru berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada ahli-ahli KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “walaupun persekitaran pelaburan yang semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan yang paling kukuh sejak awal milenium, disokong oleh keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.”

Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011.

Menurut beliau, pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.
   
Katanya, walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.
   
Selain itu, beliau berkata, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil.
   
Pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur, tambahnya.
   
"Walaupun KWSP melabur dalam pelbagai pelaburan, sebahagian besarnya dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah, kadar pulangan pelaburan tahunan (ROI) KWSP melebihi enam peratus bagi tiga tahun berturut-turut.
   
"Ekuiti menjana ROI dua digit sebanyak 10.06 peratus manakala pulangan daripada instrumen berpendapatan tetap melebihi 5.50 peratus di sebalik suasana kadar faedah rendah semasa," katanya.

SUMBER

Front Absober-Iswara for sale

Absober Iswara untuk dijual.

Jenama:APM Performax (Depan)
Harga:RM130 sepasang
Lokasi:Sg Buloh,Selangor
Tel:018-2345 922 (acai)









Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More