Balkoniku:Retak Menanti Belah

Kali ni entri berkenaan my home sweet home pula.Rumah yg diduduki hampir 2 tahun lebih.
Ni masalah retak kat bahagian balkoni.Nasib rumah ni masih dalam tempoh 'warranty'.Jadi, segala kos pembaikan ditanggung oleh pihak pemaju.
Sebenarnya report defect ni dah buat lama dah...seingat aku, dah hampir setahun.Tapi pihak yg bertanggung jawab mengambil masa yg agak lama utk membaiki kerosakan ni.mmmm.....ni la nasib ku.
Berbalik kepada status balkoni tadi, kesan rekahan aku perasan sejak ambil kunci lagi.Pada mula biarkan jer,sebab sikit jerr.Tapi lama-kelamaan, kesan tu jadi bertambah panjang.Risau jugak kalau terjadi apa-apa.
Bila pihak kontraktor mai check, alhamdulillah..ni rekahan biasa.Cuma simen luar jer.Pihak kontraktor cuma, 'plaster' balik kesan rekahan tu.Kerja-kerja pembaikkan hanya mengambil masa satu hari.




Kerja-kerja pembaikkan sedang dilakukan.


Dah siap simen





Dah siap....tunggu minggu depan, depa kata nak mai cat.
Tunggu punya tunggu, sampai sekarang tak datang cat.Apa punya janji daaa, memang tak boleh pakai dengan janji pihak kontraktor Z**** ni.
Tapi, apa pun alhamdulillah,balkoni yg dulu nampak rekahan, sekarang dah ok.

Lepas buat kat balkoni, proses tampal resapan kat siling bilik air pula.
Kesan air, tapi tak ada bocor pulak.Alang2 masih dalam 'warranty' report jer la.




Orait, dah siap tampal.Sekarang dah tak nampak kesan air tu lagi.

Sekian laporan dari saya.hee..hee

2 comments:

salam, sy baru terjumpa pasal apt laguna biru fasa 2, tp bila baca entry2 psl defect2 ni risau jugak.. mcm mn eh, recommended tk nk beli kat sini.. and mcm mn tahap jem dia nk ke kl ye

biasanya projek yg kedua, pemaju lebih alert tentang defect2 ni.untuk yg bekerja di KL, ada pelbagai jln alternative.Lebuhraya Latar, NKVE

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More