Tutorial 2 WhatsApp, 2 Nombor Dlm 1 Henpon



Kali ni aku nak share cara² nak jadikan henpon kita boleh masuk 2 WhatsApp dan 2 nombor  yg berbeza. Aku dah try buat kat henpon aku, dah berjaya.Nombor yg lagi satu ada kat henpon Nokia, tapi bila orang WhatsApp, masuk kat Smartphone Lenovo aku.Senang kan?

WhatsApp (WA) dari Playstore (PS)
OGWhatsApp (OG) -https://www.dropbox.com/s/6s7n62vgeydrokd/OGWhatsApp%20v2.11.256.apk
Dua (2) nombor yang anda ingin gunakan. Pastikan kedua²nya masih digunakan dan ada di dalam telefon anda.
Kesabaran yang tinggi dan emosi yang kental.

Cara² installation:

Jika anda sudah pun mempunyai WA (untuk nombor baru atau nombor yang digunakan sekarang), sila backup conversation terlebih dahulu (Setting - Chat settings - Backup conversations). Kemudian anda masuk File Manager atau lebih baik gunakan ES Explorer (boleh didapati dari PS juga). Cari folder WhatsApp dan rename folder tersebut kepada OldWhatsapp. Kemudian anda masuk Setting - Application manager/App - WA - Clear data - Uninstall.

Download dan install WA dari PS. Masukkan nombor lama anda dan tunggu verification. Selesai initializing, keluar semula dan masuk ke File Manager/ES Explorer dan cari folder WA. Renamekan pada OGWhatsApp. Kemudian anda masuk Setting - Application manager/App - WA - Clear data - Uninstall.

Download OG dan install. Masukkan nombor lama anda lagi sekali dan tunggu verification serta initializing. Selesai.

Folder yang anda rename kepada OldWhatsApp tadi, anda renamekan semula kepada WhatsApp. Kemudian download WA dari PS dan masukkan nombor baru ( kena tukar sim ) ,kalau tak tukaq sim pun boleh, nanti WhatsApp akan verify melalui sms, atau nombor yang anda gunakan sekarang. Verify, initializing, restore. Done!

Alhamdulillah, itu saja cara installation untuk 2 nombor anda dalam 1 telefon.

P/S: Risiko kehilangan Chat Conversations adalah tanggungjawab anda sendiri.Aku punya chat conversation yg back-up pun dah hilang.huu.huu...Tapi group yg kita join tu masih ada.Dont worry.

sumber: internet

Panorama mode

Lenovo P780 dah update ke Kitkat.Ada beberapa perubahan. Yg best dari segi camera function.
Ni aku nak share gambaq yg aku ambik kat warehouse tempat aku cari rezeki.
Sori laa, kalau gambaq tu tak cantik.


Cara Penggunaan Gear Automatik


Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.


Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki


Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak


PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D


2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D


KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.


p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus. Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. 


Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

sharing is caring

sumber:FB

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More