Showing posts with label SuaraKeyboard. Show all posts
Showing posts with label SuaraKeyboard. Show all posts

Balkoniku:Retak Menanti Belah

Kali ni entri berkenaan my home sweet home pula.Rumah yg diduduki hampir 2 tahun lebih.
Ni masalah retak kat bahagian balkoni.Nasib rumah ni masih dalam tempoh 'warranty'.Jadi, segala kos pembaikan ditanggung oleh pihak pemaju.
Sebenarnya report defect ni dah buat lama dah...seingat aku, dah hampir setahun.Tapi pihak yg bertanggung jawab mengambil masa yg agak lama utk membaiki kerosakan ni.mmmm.....ni la nasib ku.
Berbalik kepada status balkoni tadi, kesan rekahan aku perasan sejak ambil kunci lagi.Pada mula biarkan jer,sebab sikit jerr.Tapi lama-kelamaan, kesan tu jadi bertambah panjang.Risau jugak kalau terjadi apa-apa.
Bila pihak kontraktor mai check, alhamdulillah..ni rekahan biasa.Cuma simen luar jer.Pihak kontraktor cuma, 'plaster' balik kesan rekahan tu.Kerja-kerja pembaikkan hanya mengambil masa satu hari.




Kerja-kerja pembaikkan sedang dilakukan.


Dah siap simen





Dah siap....tunggu minggu depan, depa kata nak mai cat.
Tunggu punya tunggu, sampai sekarang tak datang cat.Apa punya janji daaa, memang tak boleh pakai dengan janji pihak kontraktor Z**** ni.
Tapi, apa pun alhamdulillah,balkoni yg dulu nampak rekahan, sekarang dah ok.

Lepas buat kat balkoni, proses tampal resapan kat siling bilik air pula.
Kesan air, tapi tak ada bocor pulak.Alang2 masih dalam 'warranty' report jer la.




Orait, dah siap tampal.Sekarang dah tak nampak kesan air tu lagi.

Sekian laporan dari saya.hee..hee

Foto Contest

Gambar yg aku hantar utk Fantree Annual Dinner Photo Contest (DKSH).

Ni kiranya first time aku masuk contest yg dianjurkan oleh DKSH (majikan aku).Dan juga first time aku edit gambaq pakai Photoshop CS5 software.Tu pun download yg Trial punya version jerrr.Nak kena belajaq banyak lagi ni pasal Photoshop.

Sekarang diaorang dah mula vote.Nanti aku upload screen shoot gambar² yg tercalon.

Tutorial:Cara Letak Tajuk Post Ditengah

How To: Center Post Title in New Blogger Templates

In this tutorial, I'll tell you how you can change the alignment (position) of the post title. You can align it to center or right. Currently, Blogger offers 6 different templates in the Template Designer so I'll explain this tutorial according to each of the templates.


1- Change Post Title Alignment in 'Simple' Blogger Template

If you're using the Simple Blogger Template then you need to go to Design -> Edit HTML.

Then find (Ctrl + f) the following code:

h3.post-title, .comments h4 {
   font: $(post.title.font);
   margin: .75em 0 0;
}


Add text-align:center; to center the title.

h3.post-title, .comments h4 {
  font: $(post.title.font);
  margin: .75em 0 0;
  text-align:center;
}

Last Bil Celcom & Feedback

(klik untuk besarkan imej)

Ni last bil yg aku terima.Akhirnya tamat juga perkhidmatan Celcom Broadband ni.Hanya sempat bertahan selama 1 tahun sahaja.Bukannya tak suka dgn syarikat Telco ni,tapi sebab coverage BB dikawasan aku terlalu lambat.Tapi untuk call/sms aku masih ada lagi line Celcom.Last bil ni pun kena cas RM0.15sen jer.hee..hee


(klik utk besarkan imej)

Feedback dari staff Celcom

Hadiah Birthday dari Nuffnang

Tadi,bila check email inbox,terbaca la salah satu email dari pihak Nuffnang.Huu..huu...dapat hadiah tiket wayang TGV Cinemas.Boleh la tengok wayang dengan isteriku yg tersayang. :-)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!


As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)
Feel free to drop by and collect your passes from the Nuffnang office before 9 September 2011(Friday). Our office is open from 9am - 6pm on weekdays (with the exception of public holidays), and is located at;


12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.

*Terms and conditions apply.

Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.


Thank You Nuffnang!!!

Apa pun tak boleh!

Masa untuk tingkatkan prestasi kerja.Kurangkan masa melayari internet,ber'chatting' dan ber'mukabuku'
Selaras dengan DKSH Corporate Values:

Authentic
Pragmatic
Enterpreneurial
Committed
Passionate


Facebook pun dah kena block! Padan muka dgn aku..haa..haa.Kategori Hiburan (Youtube),Permainan Video,Download,Chatting dan lain2 pun kena block.Kat opis skrg ni aku layan News,E-mail,Forum,Blog jer laa.Apa pun kita sebagai pekerja kena ambil ni sebagai cabaran utk terus bekerja,bukan 'mengulor'.haa..haa...
Tapi,post-post yg dikomen dlm FB aku boleh layan lagi.Directkan ke email.Tapi apa yg member post dlm wall kita,wall group yg kita Like @ Join.Tu jerr laa.Boleh la stakat aku nak reply komen2 tu.Kalau nak tengok posting member2....sori laa.he.hee.hee.

 



Selamat Berpuasa!

CashOut Nuffnang


Hari ni,aku try cash out kan apa yg aku dapat dengan Nuffnang.Tak banyak,dekat2 dua ratus ringgit ja.Duit juga kan? hee.hee.

Kali pertama aku cash out,tahun lepas rasanya.dlm RM70.00.Ok la tu,saja nak try buat blog.Tu pun makan masa bertahun juga.Orang lain sekali dapat beribu-biru sebulan! Depa ni jenis makan,tidoq dgn tulis blog kot.Apa pun,tu rezeki masing2....betoi dak? Cek yg pertama sampai hari tu lama juga la kena tunggu,dalam 2 bulan juga la.Tak kisah la,cepat ka,lambat ka..janji dapat.

Cek yg kedua ni aku menghitung hari ler jawabnya.Hari ni baru submit,approve belum tentu lagi.Nuffnang pun ada syarat2nya.Kalau depa rasa was-was,ada kekeliruan kena tahan la cek tu.Apa pun kita tungguuuu............

p/s:Kalau dpt sblm raya kan best.Boleh buat belanja shopping raya.

Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa & Raya 1432H

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk Umat Islam menunaikan ibadah puasa, ramai yang tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadhan mulia ini , bulan yang penuh dengan keberkatan, dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telahpun mengeluarkan senarai rasmi tarikh mencerap anak bulan bagi tahun 2011, mari tengok bilakan Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan – Bulan Puasa 2011


Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011


Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 29 Ogos 2011

Sumber : Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Tarikh posting:23 Syaaban 1432H

Bank pun kena tipu daa....

Bank ditipu RM19 juta

* Sebuah bank tempatan rugi RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang kononnya mahu membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
* Sumber berkata, dua syarikat terbabit sebelum ini mengemukakan permohonan pinjaman korporat kepada bank itu dan pihak bank tiada masalah meluluskan pinjaman setelah yakin dengan maklumat dan dokumen yang ditunjukkan oleh syarikat berkenaan.
* Katanya, setelah melalui beberapa proses, wang pinjaman berjumlah RM19 juta diserahkan kepada syarikat tersebut.
* Pihak bank menyedari ditipu apabila pemeriksaan di premis yang didakwa pejabat syarikat terbabit sebenarnya tidak wujud. Malah mereka juga gagal mengesan atau menghubungi individu yang berurusan membuat pinjaman.

Sumber:Utusan Online

Awas! Muatan Panjang




Haa..haa...macam ni pun ada juga ke?AWAS MAUTAN PANTANG.
Ni betul2 tak perasan ke saja2 jerr.Apa2 pun kita layannnn......

Motor ke ni?



Wow!!! kat Malaysia pun ada juga ke motor jenis ni.Memang aku jarang2 nampak laa.Mesti bestkan kalau dapat bawa motor ni.Roda depan ada dua.Gerenti laps tak jatuh.haa..haa.macam-macam daa.....
Sapa tau,model apa motor ni?

Drebar Kapai Terbang

Majid, seorang pemuda yang masih bujang, pendiam dan amat pemalu. Pada hari raya yang lalu, Majid telah berkunjung ke rumah rakannya. Dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya, Majid telah terpandang seorang gadis yang dikenalinya semenjak sekolah lagi. Hatinya telah terpikat, dan berhasrat untuk memperisterikannya.
Majid telah menyuarakan hajatnya kepada kedua orang tuanya, dan menunjukkan lokasi rumah gadis tersebut supaya senang kedua ibubapanya hendak pergi meminang nanti. Selepas itu, Majid pun pulang ke bandar dan meninggalkan urusan tersebut kepada orang tuanya.
Selang beberapa hari, kedua orang tua Majid telah mengunjungi rumah gadis tersebut untuk tujuan merisik. Setelah beberapa lama bersembang, bapa gadis tersebut pun bertanya kepada ibu bapa Majid…

Bapa Gadis : Yang sebenornyer, amende ke hajat kome berdua ni datang ke rumoh kome yak buruk ni?..

Bapa Majid : Ye la.. dari tadi beborok, tak nyer kabor mender hajat yer.. Ha, moknyer.. Ace kabo ke hajat si Majid te…

Emak Majid : Gini la.. yang sebenornyer, anok bujang kome te, dah terbekenan dengan anok dara aokme.. jadinyer kome ni nok la nanyer, dah ander ke orang yang punya? Kala belum ander, kome nok la merisik-risik…

Emak Gadis : Ooo.. kesohnyer, kome ni pun tok kenei lagi dengan anok deme te… Mende kerjanyer?....

Emak Majid : Ntoh.. keh ni tk berapa reti nok nyebut base omputih.. keknye base Melayunyer.. dia kabo keje drebo jer…

Emak Gadis : Oooo.. Drebo jer..(Mencebek selalu).. Gini la.. yak sebenornyer, anok kome te.. sebenornyer, dah ander orang meminang.. (Dah setat buat pedooh…) Budok jantan te keje opisboi kat Pejabat Tanoh te…

Bapa Gadis : Ha’ah.. (Menyokong..) Kome pon mintok maah la yer, mendenyer aokme ni pon tok tau yak anok kome te dah ander yak mintok… Kiranyer takde jodoh la.. Nok goner kan yer….

Bapa Majid : Ye la.. Mengkala dah gitu, kome pon tak buleh la nok buat mende.. Mende anok kome pon tok setarah dengan anok aokme.. Nanti la kome kabo ke anok bujang kome nanti…

Emak Gadis : Ye la.. memang tok setarah lalu... Anok kome kerani pejabat loyar.. anok deme drebo..
Lalu kedua ibu bapa Majid pun memohon untuk berundur. Selesai bersalaman, sedang mereka menuruni tangga, emak gadis tersebut pun bertanya…

Emak Gadis : Drebo mende anok awok te?.. Lori Balok ke Lori Bijih…?

Emak Majid : DREBO KAPEITEREBANG!!! (Sambil masuk ke dalam kereta..)

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga


Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?
 
JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.

Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.  Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.
 
2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

Baca penerangan selanjutnya disini: Ustaz Zaharuddin
Terima kasih kepada Ustaz yg sudi berkongsi ilmu.

 

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More