Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Top 10 Riding Safety Tips You Should Know


Cycling is a great way to have a fun, but when we think of road safety while sharing the same road with others (cars/motorists) on the narrow road or path which putting a risk to cyclists. Hence, here are important riding safety you should know to minimize the unnecessary collision / trouble to others:
  1. Obey all rules of the road and all local traffic laws even cyclists are not required to obey the traffic rules in certain country.
  2. Ride defensively. Always assume that other road users do not see you.
  3. Look ahead, and keep the distance and be ready to avoid:Vehicles slowing / turning / entering the road or your lane ahead / behind of you.Parked car doors opening. Pedestrians stepping out. Pot holes, sewer grating, road or sidewalk construction, debris and other obstructions that could cause you to swerve into traffic, catch your wheel or otherwise cause you to lose control and have an accident.
  4. Ride in designated bike lanes, on designated bike paths or as close to the edge of the road as possible, in the direction of traffic flow or as directed by local governing laws.
  5. Stop at traffic lights or stop signs; slow down and look both ways at street intersections. Bicycle always loses in a collision with a motor vehicle, so be prepared to yield even if you have the right of way.
  6. Never ride with headphones. They mask traffic sounds and emergency vehicle sirens distract you from concentrating on what’s going on around you.
  7. Never carry a passenger, unless it is a small child wearing an approved helmet and secured in a correctly mounted child carrier or a child-carrying trailer.
  8. Never hitch a ride by holding on to another vehicle.
  9. Think carefully about your skills before deciding to take the large risks that go with riding such as stunt, racing, downhill, jumping, etc.
  10. If possible, avoid riding in bad weather, when visibility is obscured, at dusk or in the dark, or when extremely tired. Each of these conditions increases the risk of accident.
image credit : Cyberdriveillinois | ref. source : Kona Bikes

Fantree Club:Sports

Badan sihat,otak cergas.
Jom bersukan!

Bye..bye...Germany

Akhirnya,team pilihan aku kecundang jua.Germany kalah kepada Italy dengan jaringan 1-2 pada peringkat separuh akhir EURO 2012.Gol² Italy dijaringkan oleh Balotelli pada minit ke 20 dan 36.Manakala gol saguhati Germany diperolehi pada saat² akhir menerusi sepakan penalti yg diambil oleh Ozil.

Walau bagaimana pun,sudah terlambat utk Germany buat serang balas.Sampai golkeeper pun naik.Game pagi tadi memang terbaekkk!

Final pagi Isnin ni (2 Julai 2012) Italy akan bertemu Spain.Rasa² mana yg akan menang? Bagi aku Italy,kalau tgk dari segi corak permainan dgn Jerman pagi tadi.Sama² kita nantikan hari Ahad ni.Ada yg siap apply cuti hari Isnin.kih..kih... bola punya pasal.Tak dpat cuti kita ambik MC.

Jom layan gambar² menarik game antara Germany vs Italy.


Jaringan Mario Balotelli


Bolos lagi....

Pemain Jerman berterima kasih kepada penyokong² mereka.


Gol tunggal pasukan Jerman

Kecewa...jurulatih Jerman

Pasukan Italy yg meraikan kemenangan,melayakkan mereka beraksi di pentas FINAL EURO 2012


EURO kick-off!!

Ni adalah senarai jadual perlawanan bagi setiap pasukan EURO 2012.
Malam ni dah start 1st game.Mlm cuti pulak tu,boleh laa layan sampai pagi.


Final Piala FA 2012


Perlawanan akhir merebut Piala FA bagi tahun 2012,diantara pasukan Kelantan menentang pasukan Sime Darby.Jika dilihat dari faktor pengalaman,pasti pasukan Kelantan memiliki kelebihan.Bagi pasukan yg berstatus kelab,Sime Darby juga mempunyai kekuatannya tersendiri.

19 Mei 2012,bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi pentas final utk kedua-dua pasukan ini beraksi.Sama2 kita nanti.Liputan secara langsung akan dipancarkan melalui TV1 dan Astro Arena.

Jadual Perlawanan EUFA EURO 2012-Waktu Tempatan


Demam bolasepak kembali melanda seluruh dunia.Kali ni kita layan EURO 2012 yg bakal berlangsung pada 8 Jun 2012.

Berikut senarai kumpulan dan jadual perlawanan,mengikut waktu Malaysia.
Jom kita tengok..

Group A - Poland, Greece ,Russia, Czech Republic
Group B - Netherlands, Denmark, Germany, Portugal
Group C - Spain, Italy, Republic of Ireland, Croatia
Group D - Ukraine, Sweden, France, England

8 Jun 2012
11:55pm Poland vs Greece (Group A)

9 Jun 2012
2:45am Russia vs Rep Czech (Group A)
11:55pm Belanda vs Denmark (Group B)

10 Jun 2012
2:45am Jerman vs Portugal (Group B)
11:55pm Sepanyol vs Itali (Group C)

11 Jun 2012
2:45am Ireland vs Croatia (Group C)
11:55pm Perancis vs England (Group D)

12 Jun 2012
2:45am Ukraine vs Sweden (Group D)
11:55pm Greece vs Rep Czech (Group A)

13 Jun 2012
2:45am Poland vs Russia (Group A)
11:55pm Denmark vs Portugal (Group B)

14 June 2012
2:45am Belanda vs Jerman (Group B)
11:55pm Itali vs Croatia (Group C)

15 Jun 2012
2:45am Sepanyol vs Ireland (Group C)
11:55pm Ukraine vs Perancis (Group D)

16 Jun 2012
2:45am Sweden vs England (Group D)

17 Jun 17 2012 

Manchester City Juara EPL!! bye..bye...Man U


LONDON – Manchester City menamatkan kemarau selama 44 tahun apabila menjuarai gelaran Liga Perdana England musim ini.
Kejayaan itu hadir selepas skuad kendalian Roberto Mancini mencatat kemenangan 3-2 pada aksi terakhir liga menentang Queens Park Rangers (QPR) di Stadium Etihad malam tadi.
Sebagai rekod, kali terakhir City melakar kejuaraan adalah pada musim 1968.
Meskipun berkongsi 89 mata dengan pencabar terdekat, Manchester United, City lebih layak dinobatkan selaku juara apabila memiliki kelebihan empat gol, sekali gus unggul di tangga teratas liga.
Pada aksi penuh dramatik malam tadi, City terlebih dahulu di depan selepas Pablo Zabaleta membuka tirai jaringan pada minit ke-39 sebelum Djibril Cisse menyamakan kedudukan minit ke-48 .
Jamie Mackie menceriakan penyokong QPR apabila meletakkan pasukan itu di depan hasil jaringannya pada minit ke-66.
Ketika perlawanan dilihat bakal menyebelahi QPR, City seolah-olah mendapat semangat luar biasa apabila berjaya meledak dua gol dalam tempoh lima minit masa kecederaan.
Kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh Edin Dzeko pada minit ke-92 dan Sergio Aguero dua minit kemudian.
Kemenangan itu memusnahkan impian United yang dalam misi mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu biarpun berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Sunderland dalam satu lagi pertemuan di Stadium of Light malam tadi.
Sebaliknya, skuad The Red Devils terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di tangga kedua.
Sementara itu, pemburuan slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara musim depan menjadi milik Arsenal selepas berjaya menamatkan saingan musim ini di tangga ketiga – Agensi

Sumber

acai:memang dramatik last game ni...QPR nampak dah memang akan menang,dan Man U dah siap nak julang piala.Tapi last² pulak Man City boleh lagi sumbat 2 gol.Cayalah!!!!! padan muka Man U.kih..kih..kih...eksyen sangat.

Laguna Soccer Kids FC

Barisan pemain Laguna Biru Soccer Kids bersama jurulatih.

Tamat separuh masa pertama

Harimau Malaya Baham Garuda!

Foto dari Harian Metro

SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.
Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.

Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.


Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.

Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sumber:Harian Metro

acai­®:memang berdebar,bersemangat tengok game semalam.kat tempat aku,tiap kali nak gol mesti riuh-rendah.tu belum masuk gol lagi.kalau gol,bergema laaa satu apartment.tapi tak pa,semua dok tengok bola.aku pun nasib ada baby kecik dlm rumah,kalau dak...mesti riuh punya.he..hee..
Apa² sekalung tahniah buat Skuad B-23 Malaysia yg berjaya melenyapkan sorokan hampir 100 ribu penyokong Indonesia! Malaysia Boleh!!!

Keputusan Malaysia vs Taiwan


Malaysia 2,Taiwan 3 (Agregat 4-4)

Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia walaupun tewas 2-3 kepada Taiwan dalam perlawanan kedua di Stadium Perbandaran Taipeh di sini sebentar tadi.
Malaysia yang menewaskan Taiwan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu lalu, mara dengan peraturan gol di tempat lawan apabila agregat terikat 4-4.
Tahniah Skuad Harimau Malaya!!

                                                               
Layak ke pusingan kedua!
Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan sekalipun tewas 2-3 kepada Taiwan, semalam.
Dengan agregat yang terikat 4-4, dua gol yang dijaringkan di Stadium Perbandaran Taipei sudah cukup untuk meletakkan skuad Harimau Malaya menempah pertemuan seterusnya dengan Singapura pada 23 Julai ini.

Friendly Match:Malaysia vs Hong Kong

Skuad kebangsaan berjaya dalam misi membalas dendam ke atas Hong Kong apabila membenam pasukan itu 2-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Gol pertama negara dijaringkan oleh ketua pasukan Safiq Rahim dua minit sebelum berakhir separuh masa pertama apabila pertah
 anan Hong Kong Deng JingHuang melakukan kesilapan di dalam kotak penalti.
Safiq bijak mencuri bola dari kaki Deng, lalu mengelecek di dalam kotak penalti sebelum melakukan rembatan untuk menewaskan penjaga gol Yapp Hung Fai.
Skuad kebangsaan menambah jaringan kedua pada masa tambahan babak separuh masa kedua menerusi Mohd Amirulhadi Zainal yang m
 elakukan sepakan mudah untuk menewaskan penjaga gol Hong Kong.
Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat aksi permainan.

Tahniah Malaysia!!!! Malaysia Boleh!!!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More