Showing posts with label MyLife. Show all posts
Showing posts with label MyLife. Show all posts

Selamat Hari Pekerja

1 Mei merupakan cuti umum untuk Hari Pekerja (Labour Day).Tahun ni jatuh pada hari Selasa.
Jadi,cuti satu hari ni aku dok rumah jer laa.Kemas² apa yg patut.Tapi badan rasa penat lagi.
Mau nya tak penat,malam tu main futsal,lepas tu sambung tengok bola kat mamak.Layan game Man City vs Man United.
Man U kena beb!! 1-0.haa..haa....Dekat pukul 5 pagi baru dapat lelap.tu pun kejap² bangun,anak minta buat susu.

Dapat tidoq 4 jam jaa.Kena bangun awai skit,nak pi beli lauk utk makan tengah hari.Lepas tu ada gotong-royong kat surau,nak pasang speker (pembesar suara).


Selamat Hari Pekerja!! Layanz........................

Ulangtahun PerkahwinanKu Yg Ke-5


Tanggal 4 Mac 2012 merupakan hari ulanhtahun perkahwinan aku yg kelima.Pejam celik,pejam celik dah 5 tahun kami mendirikan rumahtangga.Dalam tempoh 5 thun,pelbagai dugaan,ujian,pahit manis yg dialami.Untuk tahun² yg mendatang belum tahu lagi yerr.Alhamdulillah,kini rumahtangga kami bahagia dengan kehadiran dua orang putera kami.Muhammad Amirul Haziq (4 tahun) & Muhammad Adam Harith (5 bulan).Anak²ku,tanpa kamu kami sunyi,ada kamu kami happy.Dan buat isteriku yg tersayang (Zainawati Azalli),terima kasih kerna sudi menjadi ratu hidupku.Semoga ikatan kita berkekalan hingga akhir hayat.Amin...........

Anniversary kali ni,aku sambut secara sederhana jerr.Al-maklum laa,kedua² puteraku tidak berapa sihat.Terkena demam & selsema.Cian...anak² abah.  :-)
Wy wife membuat sendiri kek ulangtahun perkahwinan kami.Walaupun simple,tapi sangat sedap! TQ sayang!


kek yg dibuat sendiri oleh isteriku..


Ajiq yg tak sabar nak potong kek


Resepinya DISINI

Tanggungjawab Menantu kepada Mertua

Soalan:
APAKAH yang patut dibuat oleh seorang menantu lelaki yang tidak disukai oleh bapa mertuanya apabila beliau telah dilarang dari pergi ke rumah bapa mertuanya?

Jawapan:

Pepatah Arab ada menyebut yang bermaksud: "Buatlah baik kepada manusia nescaya kamu dapat mengabdikan hati mereka." Saya ingin menyarankan kepada saudara agar terus berbuat baik kepada bapa mertua saudara. Batu yang keras pun kalau dititis air, lama kelamaan pasti akan ada kesannya. Saya kurang pasti sebab atau kenapa bapa mertua saudara begitu memarahi saudara.

Saudara bertanggungjawab mencari punca agar punca itu dapat diubati. Kalau salah di pihak saudara, saudara wajib meminta maaf terhadap kesalahan atau keterlanjuran yang menyebabkan bapa mertua terkilan sehingga ke hari ini.


Apa sahaja alasan yang saudara berikan kita sebagai anak tidak terlepas dari salah dan silap, jangan mencari kesalahan orang tua terhadap kita tapi carilah kesalahan kita terhadap mereka. Sebagai anak wajib mentaati kedua orang tua kita dan kedua-dua orang tua isteri kita.

Mentaati ibu bapa wajib selagi mana mereka tidak menyuruh kita perkara yang bertentangan dengan syariah Allah swt. Suatu perkara yang sudah hilang dari generasi hari ini ialah mencari jalan dan melakukan perkara yang disukai oleh orang tua.

Jangan berputus asa atas apa yang terjadi teruskan usaha tanpa jemu. Ada senjata yang paling mujarab dalam hal ini, iaitu saudara perbanyakkan doa, mohon Allah swt melembutkan hati dan perasaan bapa mertua saudara dan menerima saudara sebagai ahli keluarganya.

Saya juga yakin marah dia hanya di lisan sahaja bukan dari hati sanubarinya. Mesti di lubuk hati mertua saudara tetap menyayangi saudara.

Ziarah orang tua serta mengambil tahu keadaan mereka adalah sangat dituntut oleh Islam. Reda kedua orang tua menjadi penentu keredaan Allah swt. Lebih-lebih lagi di hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, walaupun kita tidak perlu tunggu hari-hari kebesaran Islam untuk meminta maaf atas kesalahan.

Allah swt menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa, ini jelas dalam al-Quran firman Allah swt yang bermaksud:" Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya."(al-Baqarah: 83)

Dalam ayat yang lain: "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa…" (al-Nisa':36)

Dalam ayat lain: " Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (al-An'am:151)

Di dalam surah al-Isra', firman Allah yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (al-Isra':23)

Jika kita perhatikan kesemua ayat-ayat di atas kita akan dapati bahawa Allah swt memerintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka.

Berbuat baik kepada ibu bapa tiada batas hadnya. Buatlah sebanyak mana yang boleh asalkan hati dan perasaan ibu bapa tidak terkilan, malahan gembira kerana memiliki anak yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia.

Dalam meneliti selok-belok dan rentak ayat-ayat di atas, dapatlah difahami bahawa selepas perintah menyembah Allah swt dengan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu apa pun. Maka datang perintah seiring dengannya dari sudut kewajipan, itulah perintah mentaati kedua ibu bapa.

Boleh juga disimpulkan bahawa mentaati perintah Allah mesti seiring dengan mentaati kedua ibu bapa dan tiada ertinya mentaati Allah swt tanpa mentaati kedua ibu bapa.

Adapun orang yang mentaati Allah swt dalam masa yang sama tidak mentaati kedua ibu bapa pada hakikatnya dia sama sekali tidak mentaati Allah swt. Ini kerana Allah swt yang menyuruh manusia mentaati kedua ibu bapa dalam al-Quran beberapa kali supaya manusia mengambil iktibar dan pengajaran.

Di dalam masa yang sama, ibu bapa haruslah memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk memperbaiki kehidupan serta memperbetulkan kesalahan dan kesilapan.

Yang namanya manusia pasti tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan. Persoalannya kadang-kadang (tidak semua) ada ibu bapa yang berpatah arang atas kesilapan anak-anak mereka sehingga tidak dipedulikan langsung, atau lebih parah lagi disumpah dan mengharamkan menjejak kaki ke rumah orang tuanya atas alasan tidak dengar cakap atau melanggar cakap ibubapa.

Ibu bapa perlu sedar bahawa ujian yang paling besar yang sedang menanti mereka ialah ujian membesarkan dan mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh. Ibu bapa juga tidak boleh menetapkan bahawa anak-anak mesti mendengar cakap mereka.

Ini kerana bila anak-anak mempunyai keinginan masing-masing yang tidak difahami oleh ibu bapa. Adalah sangat wajar ibu bapa memahami keperluan anak-anak masa kini dan membantu mereka dalam perkara yang mereka rasa betul pada hakikatnya mereka salah.

Kalau ada di kalangan anak-anak yang meminta maaf dari kedua orang tuanya mahupun ibu mertua atau bapa mertua adalah menjadi sikap orang yang matang memaafkannya bukan berdendam.

Dalam hal keadaan seseorang anak sedar akan kesilapannya dan menginsafi kesalahannya lalu meminta maaf hendaklah dimaafkan kalau tidak pasti Allah swt memerhatikan sikap manusia dalam hal ini sedangkan Allah swt berjanji akan memaafkan segala kesalahan anak adam melainkan dosa syirik.


sumber dipetik dari Forum Halaqah

Happy Birthday Ajiq!!!


Hari ni 31 Januari 2012,genap usia 4 tahun puteraku yg sulong.Pejam celik,pejam celik rasanya makin cepat masa berlalu.Semoga anakku menjadi seorang anak yg soleh,taat perintah agama,ibubapa dan berilmu.

Muhammad:yg terpuji,dirahmati
Amirul:ketua,pemimpin
Haziq:yg cerdik,pandai

Untuk menyambut majlis harijadi anakku ni,aku buat paling ringkas,sambut bersama kami berempat jaa.Tak pun tiup² lilin ni.Kek pun mama dia yg buatkan.Memang sedap sangat².Terima kasih mama!



Dua hari sebelum birthday dia,aku bawa la pi shoping.Nak beli hadiah utknya.Kat Jusco Anggun,Rawang.Best tempat tu,walaupun kecik,tapi tak jem sangat.Lagipun dalam 10-15minit jaa dari rumah aku.Dalam banyak² permainan yg anakku pilih,kereta! Memang minat sangat dgn koleksi² kereta mainan dia tu.Kali ni dia pilih kereta Flash & Dash.alaaa,cerita kartun yg selalu kat TV9,setiap Selasa,pukui 7mlm.Koleksi kereta Flash & Dash setakat ni dia dah kumpul 3 jenis.

Tak paa,dlm usia sebegini biarkan dia dgn alam mainan dulu.Tahun depan kena pegang pensel & buku pulak.
Apa² pun anak² adalah permata hati ,penghibur kami sekeluarga.Abah & mama sayang Ajiq & Adam!!

Happy birthday anakku!!

From KL to Sik


Kos tambang bas dari Kuala Lumpur ke Sik pada zaman sekarang (2011)
Kalau dari Jalan Duta,kalau balik kampung,aku suka naik bas Mara Liner,sebab direct sampai kat Pekan Sik.Kalau naik bas lain,kena turun Sungai Petani dulu,pas tu kena naik bas henti2 pula.Bas Mara jugak.
La ni tiket Sg Petani-Sik dah RM6.20.Ingat lagi dulu2 zaman sekolah tingkatan 6,nak pi SP tiket RM3.00 jaa.Zaman dah berubah.......

Last Bil Celcom & Feedback

(klik untuk besarkan imej)

Ni last bil yg aku terima.Akhirnya tamat juga perkhidmatan Celcom Broadband ni.Hanya sempat bertahan selama 1 tahun sahaja.Bukannya tak suka dgn syarikat Telco ni,tapi sebab coverage BB dikawasan aku terlalu lambat.Tapi untuk call/sms aku masih ada lagi line Celcom.Last bil ni pun kena cas RM0.15sen jer.hee..hee


(klik utk besarkan imej)

Feedback dari staff Celcom

Welcome U-Mobile!


Sekarang aku tengah test coverage line U Mobile kat tempat aku.Nampaknya memang berkesan.Boleh dapat fullbar.Speed pun laju dari yg sebelum ni.Aku beli simkad prepaid ja.Malas nak register pospaid.Kalau pakai yg prepaid punya boleh bajet skit.Simkad ni aku beli dgn harga RM8.00,number pun sedap mata memandang.Nak kata number vip tu,tak ada laa.


Simkad utk broadband sama jer mcm yg biasa punya.Tapi U Mobile ni dia punya dah siap ada 2G/3G.Kalau kita nak guna kat henpon,buat panggilan,sms mcm biasa pun boleh.Tapi kalau utk broadband,kita kena buat pilihan.Caranya mudah jaa.Ikut langkah kat bawah ni:-

Step 1: Activate U Broadband by dialling *118# and press send.
Step 2: Select <U Broadband> on the screen and follow the instructions.
Step 3: An SMS notification will be sent to you upon successful activation of the selected broadband package.

Lepas tu pilih la nak yg harian atau bulanan punya.Kalau sim ni masuk kat TAB lagi best.Monthly hanya RM28.00 Unlimited pula tu.Boleh layan puas2.

M Broadband Plan


Speedtest:mmmm....boleh tahan jugak speed U Mobile ni.

Boboi Boy!


Lagu tema Boboi Boy

Alien datang menakluki bumi,
Demi koko yang dicari-cari,
Mereka akan tiba,
Tak lama lagi,
Apa mungkin terjadi?

Jadi kita perlukan penyelamat bumi,
Boboi Boy...
Boboi Boy...
Boboi Boy!

Ying...
Yaya...
Gopal...
dan super hero kita...
Boboi Boy...
Boboi boy...
Boboi Boy!

______________________

acai®:ni la cerita kegemaran anakku yg sulong,kalau sebelum tidoq malam mesti kena pasang cerita ni.Biar berpuluh kali ulang pun dia tak jemu2 tengok cerita ni.Sampai setiap ayat percakapan dlm cerita tu pun dia ingat.Ajiq...Ajiq....Terbaek!!!! he2
Kadang2 tu bila terjaga pukul 3,4pagi pun dia teriak suruh buka cerita ni.Tapi bukan nak tengok pun,cuma nak dengaq lagu Boboi Boy tu jaa.
Cerita ni disiarkan di TV3 setiap Ahad jam 7.00malam.La ni pun dah keluaq VCD/DVD original cerita Boboi Boy ni.Dibahagikan mengikut episod.


Sumber:Animonsta







MyKid dah siap!

Tadi saja2 jer masuk web Jabatan Pendaftaran Negara.Nak check status MyKid Muhd Adam ni,dah siap ke belum.
Malas nak call number yg depa bagi tu.Aku pi buat surat beranak hari tu kat JPN Kota D'sara.Hari ni masuk hari yg ke 16 hari bekerja.Dah siap! cepat jugak service JPN ni.he2

Ni link kalau anda nak semak status MyKid.

KLIK SINI

Hari Rabu 2hb Nov ni baru nak pi ambil.Sekali pi cucuk 3 serangkai utk Muhd Adam.

Semak Status MyKid
                                      *anak abah.... :-)






Status MyKid juga boleh disemak melalui SMS.Ikuti langkah-langkah dibawah ini.

Semak MyKid SMS

Wajah2 kesayangan hamba

berusia 2 minggu


berusia 2 jam












2nd day:discharge

Hari kedua:2 Okt 201,jam 2ptg isteriku dah boleh balik rumah.yahoooo.....Tapi ada berita sedih.huu..huu....
Baby terpaksa tinggal lagi sehari dihospital.Terkena kuning ataupun bahasa orang putih depa panggil 'Jaundis'.
Kesian baby,kena bermalam lagi kat hospital.Tak apa la,demi kebaikan kesihatan.

Ini ada sedikit info tentang jaundis.

Kekuningan Pada Bayi Baru Lahir
(Neonatal Jaundice)


Apa itu jaundis?
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh
meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku
dalam masa sebulan selepas bayi lahir.

Apa itu bilirubin?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia
kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.
Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?
Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama
kehidupan.

Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?

1. Fisiologi jaundis
Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis
bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama
kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah
dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

2. Patologi jaundis

Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh
pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:
o Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai
Rhesus negative atau kumpulan darah 'O').
o G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah
merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun
tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan
diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir. (Rujuk senarai makanan,ubatubatan
yang harus dielakkan oleh penghidap G6PD defisiensi ). (Rujuk senarai
makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh penghidap G6PD defisiensi)
o Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan
rawatan di hospital.

Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?
Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi
14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
• Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan
ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.
• Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang
pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
• Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran.
Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan
pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.
Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?

Bayi anda mungkin sihat jika :
• Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
• Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
• Bayi anda sihat dan aktif.
Walau bagaimanapun sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?
Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
• Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
• Peningkatan kekuningan yang cepat
• Bayi anda mengalami G6PD defisiensi
• Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk
• Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
• Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat

Apakah yang doktor akan lakukan?
Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan
yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.

Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?
Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya
sehingga menyebabkan:
• Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan
pendengaran.
• Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)
Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Apakah rawatan yang diberikan?
Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

1. Rawatan foto

Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga
indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.
Rawatan foto pada bayi yang mengalami jaundis.
Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini
membahayakan bayi anda.

2. Pertukaran darah.
Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL
(340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi
menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini
bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Pencegahan jaundis
Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi
jaundis yang teruk.
Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan
komplikasi.

Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang
mengalami jaundis yang teruk?

Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut diklinik
pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran.
Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk
kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

Senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh pengidap G6PD defisiensi:
• Makanan : kacang parang
• Herba cina yang tertentu
• Ubat-ubatan(rujuk doktor untuk senarai yang lengkap)
o Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidiixic acid
• Bahan kimia
o Ubat gegat (jangan gunakan pada pakaian.)

sumber:dari pelbagai rujukan dari internet

Hari pertama di wad bersalin

Hari Pertama
Tarikh:1 Okt 2011
Jam:11 pagi
Masuk keWard 1@PMC


Isteriku ditempatkan di Ward 1 PMC.Ni wad single room.dok sorang2.haa..haa.Kalau wad yg lagi satu duduk ramai2.Suami,anak tak boleh tunggu.Boleh mai tgk waktu melawat ja.Dari pukul 9pagi hingga 10mlm.
Jadi,aku yg pilih single room ni,Kelebihannya,suami,anak atau family boleh tunggu dalam bilik tu 24jam.Nak tidoq sana pun boleh.Jadi senang la aku dgn anakku nak tidoq disana.Haziq ni susah skit,kalau nak tidoq,mesti ada mama dia.Malam tu pun dia siap tidoq atas katil sekali dgn mama dia.Aku mcm biasa laa,hampaq toto,tidoq bawah.janji boleh lena.letih sgt hari tu.

 Menu lunch untuk hari pertama,nasi ayam.Sedap jugak...erkk....org baru lepas bersalin boleh makan ke semua ni? Tapi dah pihak hospital yg bagi makan balun jerr laa.Balik rumah,baru kita pantang.haa..haa...

letih sangat,sampai tertidoq atas riba


Sebelum tidoqAjiq layan game dulu.Dah boring agaknya dia ni.

Detik cemas,saat bahagia-my 2nd baby

Alhamdulillah,anakku yg kedua telah selamat dilahirkan pada 1.10.11.Pada pagi Sabtu (1.10.11) sekitar jam 8pagi,isteriku sudah mula terasa sakit.Pada pukul 8.30pagi sedikit air ketuban mulai keluaq.Panik juga aku time tu.Apa lagi suruh wife siap apa yg patut,sambil aku kejutan anakku yg sulong tu.Pukui 9pagi keluaq rumah.Wife dlm kereta dah tak senang duduk.On da way jln jem pula kat trafik lite simpang empat Kuang.Aduhai.......
Lepas ja trafik lite tu aku terus pecut,lampu merah selamba ja aku langgaq.haa..haa....emergency la katakan.

Sampai ja kat Putra Medical Centre (PMC) terus bawa wife jumpa Doktor Ratna.Kebetulan hari tu mmg ada appointment dgn dia.Sebabnya due date utk 2nd baby ni 10.10.2011.Tapi kali ni awai pula dia nak keluaq.
Bila doktor check ja....dah terbuka 7cm! Terus depa bawa naik dewan bersalin.Niat dihati memang nak temankan wife dlm dewan bersalin,nak bagi semangat la katakan......Tapi yg si Haziq ni pula dok teriak.'nak mama...nak mama....'dah tgk mama dia kena tolak masuk dewan bersalin,mau tak teriak.Aku ni pun pujuk la bawa turun kat bawah beli aiskrim.Bila naik balik,tengok2 wife dah bersalin.aik?? cepat la pula.he2..
Time anak pertama punya la lama....Apa2 pun Alhamdulillah.....dah selamat semuanya.Dapat baby boy.

ni gambaq dlm bilik bersalin

Aku terus mengambil wuduk dan mengazankan anakku dibilik penjagaan bayi.

Warisku yg kedua

Nama:Muhammad Adam Harith Bin Mohd Fazil
Tarikh lahir:1 Okt 2011
Jam 10.11 pagi
Berat:3.8kg
Tempat lahir:Putra Medical Centre.Sungai Buloh

Selamat HariRaya Aidilfitri 1432H


Assalammualaikum.,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga.Raya tahun ni,aku tak balik kampung.Ini lah kali pertama aku beraya di perantauan.Bukan tak mau balik,tapi atas sebab2 tertentu,faktor kesihatan hasrat utk beraya dikampung terpaksa dilupakan.
Walaupun sedih,mood raya mesti diteruskan.hee.hee...beraya bersama isteri & anak tersayang.Juadah raya masak simple2 jerr.My wife buat ketupat daun palas & rendang ayam.Sedap!
Sembahyang sunat hari raya di Masjid Nurul Yakin-Kundang.Selepas solat acara berkunjung ke rumah rakan di ALB sampai la ke petang
.

Zakat Fitrah 1432H

Pengertian Zakat


Dari Segi Bahasa
Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”


Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.


Dari Segi Syarak
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak


Hikmah Disyariatkan Zakat
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
Membersihkan diri pembayar zakat.
Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.


Petikan artikel:Zakat Selangor



Alhamdulillah,selesai sudah Rukun Islam yg ke-4.Pada tahun ni kadar bayaran Zakat Fitrah utk Negeri Selangor ialah RM 7.00 bersamaan 2.70kg beras.Untuk tahun ni,kena bayar sebanyak RM21.00 (aku dan tanggungan).Insyaallah kalau ada rezeki,tahun depan,bayar utk empat orang pula. :-)

Jom buat kuih raya

Dah masuk minggu terakhir Ramadhan.Minggu la sibuk nak cari baju raya anak-anak,sibuk nak buat kuih raya.Dan persiapan terakhir sebelum menyambut Aidilfitri.Minggu ni,my isteri terchinta sibuk nak buat kuih raya,apalagi,time cuti Nuzul Al-Quran hari tu,pi beli barang2 yg nak buat kuih raya.Beli kat kedai Bukit Rahman Putra tu jaa.Kat situ macam2 ada.Segala jenis tepung,bahan2 nak buat kek,biskut,semua ada.Harga pun berpatutan.
Sebenaqnya minggu ketiga,my wife dah start buat skit2 kuih raya ni.Buat yg senang2 dulu.Macam popia simpul,kuih siput & popia pedas.Benda ni boleh buat sorang2 tak payah pembantu.Yg nak kena tolong,jenis biskut2 yg kena bakaq dlm oven.Aku la tukang bakaq,tukang setting api.  :-)

(popia simpul)

(kuih siput)


Minggu ni pula my wife buat 2 jenis biskut raya.Biskut Chocklat Chips & Samprit.Seawal jam 10.00pagi (Sabtu) kami memulakan operasi.Dari membancuh aduanan sehingga la membakar.Selesai jam 6.00 petang.Nak kata penat tu dak la sangat,tapi letih dok menunggu jaa.Petang tu plan nak masak Tomyam & Ikan Kembong masak pedas,tapi terkantoi semua.Gara2 dah lewat.Apa lagi....beli lauk siap masak laa.Janji dapat berbuka dengan sempurna.Alhamdulillah.............Tengok Resipi DISINI

Gelagat Ajiq yg sibuk tengok abah dia bakaq kuih.Ajiq la yg jadi tukang rasa,semua dia kata sedap.ha..ha..haa

(biskut chocklat chips ranggup)

 

(samprit)


Kami buat kuih yg ala kadar jaa.Nak beli mahai2 belaka biskut raya la ni.Janji ada sudah laa.Tak tau la sedap ka dak.Kalau nak rasa mai la beraya ke rumah kami.Pintu sentiasa terbuka untuk para tetamu.Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More