Dah masuk minggu terakhir Ramadhan.Minggu la sibuk nak cari baju raya anak-anak,sibuk nak buat kuih raya.Dan persiapan terakhir sebelum menyambut Aidilfitri.Minggu ni,my isteri terchinta sibuk nak buat kuih raya,apalagi,time cuti Nuzul Al-Quran hari tu,pi beli barang2 yg nak buat kuih raya.Beli kat kedai Bukit Rahman Putra tu jaa.Kat situ macam2 ada.Segala jenis tepung,bahan2 nak buat kek,biskut,semua ada.Harga pun berpatutan.
Sebenaqnya minggu ketiga,my wife dah start buat skit2 kuih raya ni.Buat yg senang2 dulu.Macam popia simpul,kuih siput & popia pedas.Benda ni boleh buat sorang2 tak payah pembantu.Yg nak kena tolong,jenis biskut2 yg kena bakaq dlm oven.Aku la tukang bakaq,tukang setting api. :-)
(popia simpul)
(kuih siput)
Minggu ni pula my wife buat 2 jenis biskut raya.Biskut Chocklat Chips & Samprit.Seawal jam 10.00pagi (Sabtu) kami memulakan operasi.Dari membancuh aduanan sehingga la membakar.Selesai jam 6.00 petang.Nak kata penat tu dak la sangat,tapi letih dok menunggu jaa.Petang tu plan nak masak Tomyam & Ikan Kembong masak pedas,tapi terkantoi semua.Gara2 dah lewat.Apa lagi....beli lauk siap masak laa.Janji dapat berbuka dengan sempurna.Alhamdulillah.............Tengok Resipi DISINI
Gelagat Ajiq yg sibuk tengok abah dia bakaq kuih.Ajiq la yg jadi tukang rasa,semua dia kata sedap.ha..ha..haa
(biskut chocklat chips ranggup)
0 comments:
Post a Comment