Friendly Match:Malaysia vs Hong Kong

Skuad kebangsaan berjaya dalam misi membalas dendam ke atas Hong Kong apabila membenam pasukan itu 2-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Gol pertama negara dijaringkan oleh ketua pasukan Safiq Rahim dua minit sebelum berakhir separuh masa pertama apabila pertah
 anan Hong Kong Deng JingHuang melakukan kesilapan di dalam kotak penalti.
Safiq bijak mencuri bola dari kaki Deng, lalu mengelecek di dalam kotak penalti sebelum melakukan rembatan untuk menewaskan penjaga gol Yapp Hung Fai.
Skuad kebangsaan menambah jaringan kedua pada masa tambahan babak separuh masa kedua menerusi Mohd Amirulhadi Zainal yang m
 elakukan sepakan mudah untuk menewaskan penjaga gol Hong Kong.
Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat aksi permainan.

Tahniah Malaysia!!!! Malaysia Boleh!!!

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More