Tablet '1Malaysia Pad'


PUTRAJAYA: MalTechPro Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.

Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.
Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem Android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.

"Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.

Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web
www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara. - BERNAMA


___________________________________________________________________________________

acai®:perghh!! keluaq Tablet 1Malaysia la pulak.Banyak jugak skrg ni keluaran 1Malaysia.Tapi harga tu memang terbaekk!! RM900 lebih tu.Baik aku beli tablet made in China,dah tentu murah,teknologi pun canggih.
Yg tablet 1Malaysia ni pun tak tau keluaran dari mana.Ntah² dari China pass ti claim produk M'sia.Buka aku tak sokong produk Msia,tapi kalau dah betul² made in M'sia,kenapa laaa jual mahal sangat.kata nak support 1Malaysia.
Rata² FORUM yg aku baca,semua menghentam keluaran Pad 1Malaysia ni.Sebab apa? Lu pikir laa sendiri...
Wasalam..........

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More