Maharaja Lawak Mega 2012 on da way!




Maharaja Lawak Mega 2012

Pertarungan pelawak-pelawak terkemuka negara bakal kembali dalam Maharaja Lawak Mega 2012. Kali ini Maharaja Lawak Mega 2012 membawa kelainan apabila 27 pelawak akan bersaing dalam undian Online bagi memilih 3 pelawak dengan undian tertinggi yang bakal menyertai pelawak-pelawak hebat dalam Maharaja Lawak Mega 2012 nanti

3 Tertinggi Bakal Terpilih Ke Maharaja Lawak Mega 2012!

Undian terbuka secara online ini akan bermula pada 5 September 2012 jam 6 petang hingga 17 September 2012 jam 12 tengah hari. Pengundi perlu mengundi di laman web rasmi Maharaja Lawak Mega 2012 di www.maharajalawakmega.com.my. Untuk mengundi pula, pengundi perlu mendaftar di laman sosial Facebook sebelum undian dilakukan.

Pengundi boleh membuat hanya satu undian bagi setiap pelawak setiap hari. Sekiranya mereka sudah mengundi hari ini, mereka boleh mengundi semula pada hari berikutnya. Paparan jumlah undian bagi setiap pelawak akan dipaparkan di laman web Maharaja Lawak Mega 2012 sepanjang tempoh undian dibuka.

Jangan lepaskan peluang untuk mengundi pelawak-pelawak pilihan anda untuk ditempatkan sebaris dengan pelawak-pelawak hebat dalam Maharaja Lawak Mega 2012.

Jom undi sekarang!! Klik DISINI

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More