Showing posts with label Android. Show all posts
Showing posts with label Android. Show all posts

Clash Of Clans

Android Hacker
Cara nak search loot clans. Klik SINI

Hacked link http://iandrohacker.blogspot.dk/2014/06/wip-clash-of-clans-v61083-mod-for.html

Tips Android: Jadikan henpon anda Universal Remote


Kat sini aku sertakan tutorial bergambar,macam mana nak jadikan henpon hangpa sebagai remote.

Ok,mula² masuk GOOGLE PLAY,cari Aplikasi WATCH ON.Download masuk phone.





Kemudian masuk Apps, cari Aplikasi WATCH ON tadi.



Klik Select country and region,




Pilih Malaysia



Pilih provider (Astro utk Astro, MYFTA utk kalo tv pakai arial) 
Pilih ASTRO




Kalau kluaq mcm ni,pilih SKIP jer..




Pastu klik Agree (kalo nak baca pun ikut hangpa la)




Lepas klik Agree, kluaq mcm ni




Lepas closed pop-up tadi, klik ikon remote kat atas tu.




Pilih Set Up Now




Pilih jenama tv yg anda




Lepas tu,tutup tv anda (pakai remote tv) , kemudian halakan henpon ke tv, tekan butang POWER tu.




Kalo tv tu ON balik lepas tekan butang power tadi, pilih Yes this code work kalo tak on, pilih Send this code again, untuk cuba lagi.




Ni untuk ASTRO pula.Kalau korang pilih ASTRO kat provider tadi, pilih  Set-top box




Plih Astro




Halakan henpon ke Astro dekoder, lepas tu tekan CH button




Kalau Astro tertukaq channel lepas tekan butang tadi, pilih Yes this code work.Kalau tak jadi, pilih test next code atau send this code again utk mencuba sekali lagi.

Tadaaa.....dah siap.Ni la remote Astro tu.




Bila dah siap,try klik ikon watch on atas tu, ambik Channel guide,untuk tengok saluran serta program yg ditayangkan.







Yg bestnya, hangpa boleh search ja,crita apa yg nak tengok




Ni untuk henpon yg ada Infrared jer.
Model Samsung Galaxy S4, S4 Mini, Note 3, Samsung Mega 6.3
Yg lain² pandai² la cari sendiri.he..hee

Sekian,selamat mencuba!!












Henpon Bajet Anroid

DMD Mobile Sdn Bhd yakin mampu mencapai jualan lebih 100,000 unit telefon pintar android keluarannya, M3 Communicator yang ditawarkan pada harga di bawah RM500 menjelang akhir tahun ini bagi pasaran Malaysia dan eksportnya.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammed M Daud berkata, pihaknya akan menembusi pasaran Sri Lanka pada Mei ini dan seterusnya ke negara lain seperti Indonesia serta Barcelona, Sepanyol menerusi perbincangan dengan syarikat telekomunikasi di negara terbabit.

Beliau berkata, syarikat komited memberi pilihan kepada orang ramai yang mahukan telefon pintar seperti BlackBerry dan iPhone, tetapi pada harga yang lebih murah dihasilkan syarikat tempatan.

“Kami percaya telefon pintar M3 Communicator ini mampu memberi kepuasan kepada pengguna kerana selain harga yang 50 peratus lebih murah berbanding telefon pintar di pasaran, kami juga menekankan kualiti produk serta menyediakan semua kemudahan pelayaran Internet dan pelan data.

“Malah, menjelang April ini kami menyasarkan menjual kira-kira 5,000 unit M3 Communicator di seluruh negara dan merancang mengeluarkan antara dua atau tiga model baru tahun ini dengan mengekalkan harga RM500 bagi setiap jenis telefon pintar,” katanya pada majlis pelancaran M3 Communicator di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dan Ketua Pegawai Teknikal DMD Mobile, Herve Jegou.

Dr Mohammed berkata, sasaran pengguna ialah golongan berpendapatan rendah serta masyarakat di luar bandar dan antara ciri telefon itu termasuk platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, komunikasi bersepadu dan sembang, e-mel mudah alih dan sistem rangkaian sosial dilengkapi teknologi NFC.

Sumber dari Harian Metro

______________________________________________

acai®:mcm best jerr.kalau henpon ni teknologi sama dgn Samsung,iPhone harga pula jauh lebih murah,apa salahnya.Saya mesti pilih!!! Tak sabaq nak tengok mcm mana laa ruper nya.Berangan² sambil kira bajet.kih..kih...kih.....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More