Showing posts with label CoretanKu. Show all posts
Showing posts with label CoretanKu. Show all posts

Review Lenovo P780

Review smartphone Lenovo P780, dari kacamataku.
Henpon ni dilamar pada 6 Jan 2014, disebuah kedai komputer yg terletak di dalam kompleks membeli-belah di Sg Buloh.
Dengan mas kawinnya sebanyak RM859.00 (8gb),beserta Original Warranty sah menjadi milik aku.
Setakat ni, aku berpuashati dengan performance yg diberikan.
Kalau dahulu aku, peminat setia smartphone Samsung, skrg membiasakan diri dengan Lenovo pula.
Bagi aku ok, sama shaja,yer laaa, sebab gunakan Android juga.he..hee...





Full spec pasal phone ni, klik SINI


Yg bestnya, henpon ni menggunkan bateri Li-Po 4000 mAh.Tahan lebih kurang dua hari setengah.Selalu on Data, mlm² on wifi.Mmg terbaek!!

Ok,nanti kita sambung pasal ROOT pulak.Kalau Samsung aku yg lama, habis semua aku rooted.macam² ROM aku masuk.Tpi utk Lenovo ni aku tak try lagi.Biaqlah pakai stendet kilang.

So far, mmg aku berpuashati.ok, chowww dulu...nanti aku postkan review selepas 2 minggu penggunaan P780 ni.

Balkoniku:Retak Menanti Belah

Kali ni entri berkenaan my home sweet home pula.Rumah yg diduduki hampir 2 tahun lebih.
Ni masalah retak kat bahagian balkoni.Nasib rumah ni masih dalam tempoh 'warranty'.Jadi, segala kos pembaikan ditanggung oleh pihak pemaju.
Sebenarnya report defect ni dah buat lama dah...seingat aku, dah hampir setahun.Tapi pihak yg bertanggung jawab mengambil masa yg agak lama utk membaiki kerosakan ni.mmmm.....ni la nasib ku.
Berbalik kepada status balkoni tadi, kesan rekahan aku perasan sejak ambil kunci lagi.Pada mula biarkan jer,sebab sikit jerr.Tapi lama-kelamaan, kesan tu jadi bertambah panjang.Risau jugak kalau terjadi apa-apa.
Bila pihak kontraktor mai check, alhamdulillah..ni rekahan biasa.Cuma simen luar jer.Pihak kontraktor cuma, 'plaster' balik kesan rekahan tu.Kerja-kerja pembaikkan hanya mengambil masa satu hari.




Kerja-kerja pembaikkan sedang dilakukan.


Dah siap simen





Dah siap....tunggu minggu depan, depa kata nak mai cat.
Tunggu punya tunggu, sampai sekarang tak datang cat.Apa punya janji daaa, memang tak boleh pakai dengan janji pihak kontraktor Z**** ni.
Tapi, apa pun alhamdulillah,balkoni yg dulu nampak rekahan, sekarang dah ok.

Lepas buat kat balkoni, proses tampal resapan kat siling bilik air pula.
Kesan air, tapi tak ada bocor pulak.Alang2 masih dalam 'warranty' report jer la.




Orait, dah siap tampal.Sekarang dah tak nampak kesan air tu lagi.

Sekian laporan dari saya.hee..hee

Black Out!


Pada hari Khamis lepas (10 Mei 2012),kat tempat aku karan tak dak.Nasib baik ada spare lilin.Kalau tak,bergelap laa sepanjang malam.Ini disebabkan 'short power supply' mengikut kata pihak pengurusan disana.Apa lagi,terpaksa bergelap laa sat malam ni.

Kesian kat jiran² yg duduk tingkat tinggi²,terpaksa laa menapak guna tangga.Dah la letih drive,baru balik kerja.Kesian.....nak buat macam mana,dugaan duduk rumah tinggi² ni.Sebab tu aku pilih tingkat yg rendah² jaa.
Nak masak pun tak boleh,duduk dlm rumah pun panas.Lalu aku mengambil keputusan bawa anak isteri keluar makan.
Dan pada masa tu pihak TNB dah sampai untuk memperbaiki kerosakkan.
Alhamdulillah,sekitar jam 10malam bekalan elektrik kembali pulih.Terima kasih pihak yg terlibat.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More