Tahukah Anda

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut
ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau
udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez
yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin
yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud
ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar
kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi
adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi
tentunya besarnya juga tidak sama.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu
kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana
kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah
membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.









Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak
sembahyang tiada gunanya...

Haa..haa..haa...huahhh..  :-)

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga


Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?
 
JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.

Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.  Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.
 
2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

Baca penerangan selanjutnya disini: Ustaz Zaharuddin
Terima kasih kepada Ustaz yg sudi berkongsi ilmu.

 

Friendly Match:Malaysia vs Hong Kong

Skuad kebangsaan berjaya dalam misi membalas dendam ke atas Hong Kong apabila membenam pasukan itu 2-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Gol pertama negara dijaringkan oleh ketua pasukan Safiq Rahim dua minit sebelum berakhir separuh masa pertama apabila pertah
 anan Hong Kong Deng JingHuang melakukan kesilapan di dalam kotak penalti.
Safiq bijak mencuri bola dari kaki Deng, lalu mengelecek di dalam kotak penalti sebelum melakukan rembatan untuk menewaskan penjaga gol Yapp Hung Fai.
Skuad kebangsaan menambah jaringan kedua pada masa tambahan babak separuh masa kedua menerusi Mohd Amirulhadi Zainal yang m
 elakukan sepakan mudah untuk menewaskan penjaga gol Hong Kong.
Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat aksi permainan.

Tahniah Malaysia!!!! Malaysia Boleh!!!

Cerita Lucu-Selipar 18sx

Ada duo baranak tinggal kek hujung kg ni,Pak Abu dan Milah..Milah ni taklah cantik sgt tapi selero jugak lah mato yg mandang kek dio ni..Seluruh jejaka di kg tu mmg syok abih kat Milah ni lebih2 lai.. satu mamat namoee..Ali.. Ali ni mmg dah target..kalau dapek kek dio Milah ni.. mmg dio nak 'overhaul' habih2.
Pado satu ari... Ali ni tergorak ati nak ajak Pak Abu bersaing ke surau..alasan je tuh

Ali : Assalammualaikum Pak Abu......
P Abu: Waalaikumussalam... ooo... Ali .. apo ko halnyo..
Ali : Tak ado apo Pak Bu.. den igt nak ajak Pak Abu bersaing ke surau..
P Abu: Oiih.. baguihlah.. tunggulah kojap.. pokcik nak salin seluar dlm...ekau masuklah dulu..dok sini diam2 yo..

Sambil berlalu masuk ke bilik. dan tibo2.. Milah keluar dari biliknya..berkomban ajo membawo.. sebakul pakaian yg nak di basuh....di perigi luar romah ee..

Ali : Hi.. Milah.. jom main
Milah: Ishh.. apo ko ni Ali.. tak baik ckp cam tu tau..
Ali : Alah sikit yo..
Milah: Tak buleh..tak buleh ( sambil terus keluar )
Ali : (dlm hati) Jago ko.. kan ku buleh..bulehkan...
Milah : (menjeling dan menjerit). Bapak.. Milah kek perigi yo..nak cuci kain2 ni hah... tak yah kunci pintu ni.. Bye Ali.

Tetibo......

Pak Abu: Hah.. apo di tonung tu Ali.. dah jom kito poi..
Ali : Jom........................alamak Pak Ali.. mano selipa den ni..tadi ado kek sini..
Pak Abu: Ooo..ni mesti si Milah salah pakai selipa ekau.. gilah ekau mintak kek dio selipa ko tu.. dio ado kat perigi sano tu hah..pok cik tunggu sini..nak sodut rokok ni sebatang..
Ali : Yolah Pak Abu.. den poi mintak..

dan..................Ali pun merempuh masuk.. dan sekonyong2 ee nampaklah
Milah yg tongah telanjang bulek..comel..ajo segalo2..

Milah : Ishh.. Ali.. apo ni.. den jorit kang..
Ali : Jangan jorit.. bapak ekau yg suruh den dtg sini main..dio kato kalau tak main nanti den mati tongah jln..
Milah : Tipu ekau ni Ali...
Ali : Den tak tipu do.. ko dongar ni.. den buktikan (menjerit dongan kuat)......Pak Abuuuuuu..Milah tak bori..
Pak Abu: (dari jauh melaung)... Milah.. tak baik... Ali nak copek tu...
Ali : Hah..ekau dongar tak

Dan.. maka terjadilah perkara yg sesedap rasa adonye... tp kalau dah dasar buaya.. mmg dio tak pueh..

Ali : Sodapnya milah... eh.. den lupo plak.. bapak ekau kato tadi kalau dah raso yg kek dopan.. kono raso yg belakang jugak.
Milah : Den tak cayo cakap ko ni Ali..
Ali : Laaaaaaaaa... tak cayo lai.. ekau dongar den jorit ni.. Pak Abu.......... Milah kasi sobolah yooooooo...
Pak Abu : Patutlah lamo bona.. Milah main kan Ali rupanyo...(jerit)............. BAGI DUO-DUO BELAH MILAHHHHHHHHHH

Dan.. tak yah den cito apa yg terjadi....hee..hee..korang paham la sendiri.

Moral of the story:Jangan pakai selipar orang.  :-)

Cerita Lucu-Janda 18tahun

Alkisah...ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya."nak ke dia kat aku yg dah tua ni , sin ??" tanya Amat.

"kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ??
aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

' Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam"kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

" kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada
Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin.Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin. "Tipu apa plak???" tanya Usin bingung. "Kau kata 18thn!!!!" balas Amat. "La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

.
" Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!" moral of the story.............bagi yang lelaki....kenal dulu bakal isteri anda........(^_^)

Mereka Berpesta Kutip Duit!!


SEREMBAN: Menyedihkan apabila pengguna jalan raya seolah-olah ‘berpesta’ memungut syiling yang bertaburan di lebuh raya selepas kenderaan membawa wang itu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pengguna jalan raya termasuk wanita bagaikan tidak mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian.

Mereka dilihat memasukkan syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen yang bertaburan di tengah dan tepi lebuh raya ke dalam beg serta plastik dibawa.

Malah, ada antara mereka sanggup bersila di atas rumput dan asyik memungut syiling itu walaupun ‘pemilik’ duit berkenaan berada di lokasi kejadian menyebabkan pihak berkuasa menutup laluan selama lima minit bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati ada pengguna sanggup mempertaruhkan nyawa memungut syiling di tengah lebuh raya tanpa mempedulikan kenderaan lalu lalang.

Pemandu pacuan empat roda membawa wang berjumlah lebih RM70,000 berkenaan yang dikenali sebagai Zairulhisham Mansor, 28, berkata kejadian berlaku selepas kenderaannya dilanggar daripada belakang oleh sebuah kenderaan lain.


“Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda yang saya pandu hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan syiling dibawa bertaburan.

“Ketika itu, saya berada di lorong paling kiri dan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Katanya, seorang rakan dalam pacuan empat roda bersamanya cedera ringan akibat kemalangan itu.

Harian Metro difahamkan, wang berkenaan milik sebuah syarikat pengedaran syiling dari Shah Alam, Selangor untuk dihantar ke beberapa pasar raya di Melaka.

Sumber:Harian Metro

Tokek@Gikgo

Tokek atau gikgo. Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek.
Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang RM20,000 bagi setiap seekor.
Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan.
Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia.
Bayangkan, tokek pernah menjadi produk perniagaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan miskin pedalaman Indonesia seperti di Banjarsawah.
Mereka sanggup meredah hutan dan menangkap haiwan itu.
Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kulit serta pernafasan.
Apa lagi....jom cari tokek.ha..ha..ha...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More