Halo Sayang-Kes Spam

As-salam semua,nak berkongsi SPAM email yg saya dapat ni.Walaupun dah berpuluh-puluh email Spam yg saya terima,yg kali ni lain skit.Nak ketawa pun ada.Nasib la aku ni tak mudah percaya dgn email2 tersebut.
Penggunaan Bahasa Melayu yg teratur,perghh! kompom BM dia dapat A ni.haa..haa,Sapa2 yg nak duit tu cuba2 email kat pompuan ni.kaya lorrr



email yg di screen shoot

Email yg telah di copy-paste

Saya Puan Natasha Hamed dari Kuala Lumpur. Saya tidak mempunyai anak dan merupakan seorang janda. Saya berkahwin dengan Engr Sahad Hamed , beliau telah meninggal dan beliau juga bekerja dengan Kedutaan Besar Malaysia di United Kingdom untuk Dua belas tahun dan bersara sebagai pelabur real estate, ia meninggal pada tahun 2006. Setelah kematian suami saya, saya memutuskan untuk tidak berkahwin semula.

Kami berkahwin selama dua belas tahun tanpa anak. Dia meninggal setelah sakit selama beberapa bulan. Sejak Kematian suami saya, saya telah menderita menghidap masalah fibroid dan tunarungu akibat dari reaksi ubat. Baru-baru ini, doktor saya mengatakan bahawa saya tidak mungkin bertahan lama, akibat dari penyakit fibroid ini, mungin dalam masa 3 bulan saya akan ke rahmatullah.

Mengetahui akan keadaan saya, saya memutuskan untuk menyumbangkan deposit saya $ 5,6 Juta Dollar (Lima Juta Enam Ratus Ribu Dolar Amerika Syarikat) dengan bank-bank di sini die salah satu amal / panti asuhan rumah atau individu yang dipercayai yang akan melabur ke dana atau ke organisasi amal untuk meningkatkan kemanusiaan. Saya mengambil keputusan ini kerana saya tidak mempunyai anak atau saudara yang akan mewarisi wang ini. tolong respon jika anda dapat membantu saya dalam melaksanakan perkhidmatan kemanusiaan ini. setelah saya menerima balasan dari anda, saya akan memberitahu peguam saya untuk membantu anda dengan melepaskan wang iaitu amanah saya kepada anda. Saya ingin anda secara eksklusif menggunakan dana ini untuk membantu mereka yang kurang beruntung dan membina rumah panti asuhan.

ini alamat emailperibadi saya :natashahamed@live.com

Allah memberkati anda.

saudara anda,
Mrs Natasha Hamed




Dah baca kan? Sapa2 yg rasa nak try test dapatkan duit tu silakan lerr.  :-)

Serangan Terhadap Website K'jaan!

Nampaknya serangan terhadap website kerajaan Malaysia sudah bermula.Amaran ini pernah dikeluarkan oleh kumpulan yg menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous.
Kumpulan hackers ini bertindak ekoran SKMM menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail.

Bermula jam 3.30 pagi tadi pengodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.


Apalagi SKMM tunjukkan kehebatan anda menentang hackers-hackers tersebut!

Isu Kartun Hina Islam

Gambar yg dikatakan menjadi isu yg disiarkan dlm akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Jun 2011.
Dengaq khabaq katanya Ulama mahukan pelukis,penerbit diheret ke mahkamah.
haii...mcm2 depa ni.kadang2 benda hanya utk gurauan boleh menjadi isu sensitif.Kita kena ambil ikhtibar dari kejadian ini.

Wanita Singapura Ketuk Ketampi Sambil Bogel
















Imigresen dera wanita Singapore buat ketuk ketampi sambil berbogel,burukkan lagi imej Malaysia.
Kompom dgn kes ini,jadi point utama pihak Pembangkang laa.Mesti hentam Imigresen and Kerajaan kaw2 punya.Macam kes wanita Cina kena bogel ketuk ketampi dlm penjara dulu tu...tahun 2005.Bukan main kecoh lagi Teresa Kok.

Petikan dari Malaysiakini
Dua wanita warga Singapura dilaporkan dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah.

Tindakan seumpama itu pernah diisytiharkan sebagai “tidak berperikemanusiaan dan menghina” serta diarahkan dihentikan serta-merta oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung laporan mengenai pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006.

Suruhanjaya lima anggota yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah itu berkata amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia. 

Menurut akhbar harian berbahasa Cina Singapura - Lianhe Zaobao, kejadian berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.

Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.

Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.

Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.

Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.



Baju yang diberikan itu kotor dan berbau. Sel itu sebesar dua pertiga gelanggang bola keranjang tetapi ada 50 ditempatkan di dalamnya. Ada banyak nyamuk dan juga lipas.

"Kami digari dan dilayan seperti banduan meskipun kami belum didapati bersalah. Ini amat menghina,” kata Lin kepada akhbar itu.

Selepas dikurung selama 24 jam, mereka kemudiannya dibebaskan dengan surat amaran daripada seorang pegawai imigresen.

Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian.

Menurut laman web akhbar harian Sin Chew, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmud Adam enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung perkara itu.

Tukar nama blog!

Assalamualaikum w.b.t
Pikiaq punya pikiaq,last2 dapat idea jugak nak tukar nama domain blog aku ni.
Dulu pakai domain http://www.suarakeyboard.blogspot,mcm/ panjang sangat jaa,lagipun tak best.haa..haa...Tiba2 terkeluaq idea dari kepala otak ni,nak letak nama daerah aku dilahirkan sebagai domain baru.Tapi dikomersialkan skit.Daerah SIK! aku tukaq jadi SikNey-nampak mcm orang putih la skit.Dari sekarang,hangpa semua kena guna link ini:http://www.sikney.blogspot.com/.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang daerah Sik ni,boleh la Google.Ni aku copy paste dari Wikipedia.

             

Sik is a major town and district in Kedah, Malaysia. It is located on the eastern part of the state, and is bordered by Padang Terap District to the northwest, Thailand to the north, Baling District to the south, Kuala Muda District to the southwest, and Pendang District to the west. The population of Sik is 63,865, the majority demographic being Malaysian.
Kedudukan Daerah Sik,dlm peta Negeri Kedah

Pendedahan-Link Palsu Maybank2u

Dah lama aku dapat email mcm ni.Dan aku tak pernah pun klik web tersebut.Mungkin ada diantara kita pernah dapat email mcm ni atau pernah mencuba klik,login ke akaun Maybank.AWAS!! akaun anda telah dicerobohi.Kalau anda pernah berbuat demikian,sila hubungi pihak bank dengan segera.Pihak Maybank telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka TIDAK pernah sesekali meminta pelanggan dengan cara tersebut.

AMARAN dari pihak bank:
Don't fall victim to email or SMS fraud! Reach our internet banking fraud hotline at 03-5891 4744.

Security Alert

Please continue to be alert against any emails requesting you to update your particulars or apply for TAC or log in to Maybank2u through any email link. Our URL is http://www.maybank2u.com.my and you should be suspicious of any e-mail that informs you otherwise.
Maybank does not send out any e-mail or SMS requesting customers to provide personal banking ID or PIN or credit card information. Please do not log in through website links contained in emails supposedly from Maybank or other institutions. Be alert or you may fall victim to a financial scam.
Here's a sample of how you can identify a phishing scam.

Sekadar mengingati antara satu sama lain.Peace bro....



Mutiara Kata Hari Ini

Kata Hikmat


Rasulullah pernah bersabda :


Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika.


Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More