Lawak:Nak elak basah kasut,satu badan yg basah

Lawak betoi minah mat saleh ni.Punya la pulun lompat nak elak air terkena kasut dia,last² teruih jatuh kedalam air tu.Basah semua.kihh..kih....Jom layan.............

Black Out!


Pada hari Khamis lepas (10 Mei 2012),kat tempat aku karan tak dak.Nasib baik ada spare lilin.Kalau tak,bergelap laa sepanjang malam.Ini disebabkan 'short power supply' mengikut kata pihak pengurusan disana.Apa lagi,terpaksa bergelap laa sat malam ni.

Kesian kat jiran² yg duduk tingkat tinggi²,terpaksa laa menapak guna tangga.Dah la letih drive,baru balik kerja.Kesian.....nak buat macam mana,dugaan duduk rumah tinggi² ni.Sebab tu aku pilih tingkat yg rendah² jaa.
Nak masak pun tak boleh,duduk dlm rumah pun panas.Lalu aku mengambil keputusan bawa anak isteri keluar makan.
Dan pada masa tu pihak TNB dah sampai untuk memperbaiki kerosakkan.
Alhamdulillah,sekitar jam 10malam bekalan elektrik kembali pulih.Terima kasih pihak yg terlibat.

Manchester City Juara EPL!! bye..bye...Man U


LONDON – Manchester City menamatkan kemarau selama 44 tahun apabila menjuarai gelaran Liga Perdana England musim ini.
Kejayaan itu hadir selepas skuad kendalian Roberto Mancini mencatat kemenangan 3-2 pada aksi terakhir liga menentang Queens Park Rangers (QPR) di Stadium Etihad malam tadi.
Sebagai rekod, kali terakhir City melakar kejuaraan adalah pada musim 1968.
Meskipun berkongsi 89 mata dengan pencabar terdekat, Manchester United, City lebih layak dinobatkan selaku juara apabila memiliki kelebihan empat gol, sekali gus unggul di tangga teratas liga.
Pada aksi penuh dramatik malam tadi, City terlebih dahulu di depan selepas Pablo Zabaleta membuka tirai jaringan pada minit ke-39 sebelum Djibril Cisse menyamakan kedudukan minit ke-48 .
Jamie Mackie menceriakan penyokong QPR apabila meletakkan pasukan itu di depan hasil jaringannya pada minit ke-66.
Ketika perlawanan dilihat bakal menyebelahi QPR, City seolah-olah mendapat semangat luar biasa apabila berjaya meledak dua gol dalam tempoh lima minit masa kecederaan.
Kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh Edin Dzeko pada minit ke-92 dan Sergio Aguero dua minit kemudian.
Kemenangan itu memusnahkan impian United yang dalam misi mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu biarpun berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Sunderland dalam satu lagi pertemuan di Stadium of Light malam tadi.
Sebaliknya, skuad The Red Devils terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di tangga kedua.
Sementara itu, pemburuan slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara musim depan menjadi milik Arsenal selepas berjaya menamatkan saingan musim ini di tangga ketiga – Agensi

Sumber

acai:memang dramatik last game ni...QPR nampak dah memang akan menang,dan Man U dah siap nak julang piala.Tapi last² pulak Man City boleh lagi sumbat 2 gol.Cayalah!!!!! padan muka Man U.kih..kih..kih...eksyen sangat.

Lintah Masuk Dubur Budak

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.
Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.

Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.

"Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur.
"Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.
"Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

sumber

acai:perghh,nasib baik keluaq lintah tu,kalau dak..tak tau la.kena bawa pi hospital la jawabnya.Teringat zaman budak² dulu,selalu jugak aku pi tangkap ikan karing (ikan laga) kat bendang.Lintah,pacat,biasa laa,dok kena ketik sedia..Zaman kanak² mmg best,kalau boleh direversed kan semula,alangkah indahnya.Tapi,muda hanya sekali.Gunakan zaman itu dgn sebaik²nya.

SPR:Semakan Daftar Pemilih

Semakan daftar pemilih boleh dilakukan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR),Bagi yg dah layak & telah mendaftar boleh la semak kat sini.Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.



Dan juga buku FAKTA SEBENAR- Disebalik dakwaan dan Fitnah Terhadap SPR
boleh dimuat-turun dari sini.Klik SINI untuk muat-turun.


Utusan M'sia-Akhbar Porno?

isshhhh...apa la nak jadi semenjak kebelakangan ni.Isu BERSIH laa,isu SEKS & VIDEO orang² politik laa,tak habis².
Yg best hari ni,pasal Utusan Malaysia yg letak gambar lucah kat muka depan.Apa daa...nak bagi laku surat khabaq pun tak nak letak benda² macam tu.Malu laa skit kalau budak² yg tengok.Budak² mudah terikut,nak pula benda² yg macam ni.Lepas boleh tukaq nama dah kot Utusan M'sia ni,jadi Uutusan Porno.keh..keh....

p/s:nasib la aku dah lama tak beli surat khabaq ni.Dan kalau nak berpolitik,biaq la dengan cara yg betoi.

Muka depan akhbar Utusan Malaysia
bertarikh 2 Mei 2012

Selamat Hari Pekerja

1 Mei merupakan cuti umum untuk Hari Pekerja (Labour Day).Tahun ni jatuh pada hari Selasa.
Jadi,cuti satu hari ni aku dok rumah jer laa.Kemas² apa yg patut.Tapi badan rasa penat lagi.
Mau nya tak penat,malam tu main futsal,lepas tu sambung tengok bola kat mamak.Layan game Man City vs Man United.
Man U kena beb!! 1-0.haa..haa....Dekat pukul 5 pagi baru dapat lelap.tu pun kejap² bangun,anak minta buat susu.

Dapat tidoq 4 jam jaa.Kena bangun awai skit,nak pi beli lauk utk makan tengah hari.Lepas tu ada gotong-royong kat surau,nak pasang speker (pembesar suara).


Selamat Hari Pekerja!! Layanz........................

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More