Majlis Bacaan Tahlil & Doa Selamat

Alhamdulillah...Tercapai jugak hasrat kami sekeluarga utk mengadakan majlis tahlil dan doa selamat pada 26 Feb(Ahad) yg lepas.Hasrat ini telah terpendam sejak mula melangkah masuk ke rumah baru serta kesyukuran mendapat cahaya mata yg ke-2.Majlis berlangsung selepas solat Zohor,lebih kurang pada pukul 2ptg,para jemputan mula hadir.Majlis diketuai oleh En Khyrul Anuar selaku setiausaha JMB ALB.Thanks bro!! Terima kasih kepada semua jiran² ALB,saudara mara,rakan² yg hadir.

Menu? mmmm...masak yg simple² jer.Tak dan nak masak banyak,ada pembantu sikecil yg suka buat perangai.jeee.hee.....
Antara juadah menu simple² yg sempat dimasak oleh isteri terchinta ialah mee kuah,kek karamel,moist cake.Nasi tomato bersama lauk-pauk yg lain,aku suruh sepupu aku yg dok Kota Damansara tu tolong masakkan.Terima kasih Kak Na!! Sedap...

Sampai ke malam tetamu yg datang.Pukui 9.30mlm baru laa boleh rileks skit.Tu pun banyak lagi yg nak kena settle.Apa lagi,kemas-mengemas,basuh membasuh laa.Kesian aku tengok anak²ku,depa pun turut keletihan.Nak pula si Adam tu,nak menyusu pun tak sempat.Kerja mengemas sampai pukui 12mlm.Tu pun tak habis lagi.memang tak larat sangat.mcm nak pengsan dah ni.Tidoq dulu laa,esok nak keja pula.Balik keja ni sambung memgemas balik.Aduih...

Gambaq² akan menyusul kemudian.Tunggu my cousin uploadkan.Kebetulan sehari sebelum kenduri my digital kamera rosak.macam tau² kamera ni.Tak dan nak ambik gambaq juadah makanan.he²

Majlis Bacaan Tahlil diketuai oleh Saudara Khyrul Anuar

Makan time!! Jemput makan yer semua,jgn malu2,buat mcm rumah sendiri.

Antara tetamu awal yg hadir.Terima kasih semua!!


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More