AL-KISAH SUAMI, ISTERI DAN ANAK…
Di sebuah rumah tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit.Pada suatu malam si Papa nak menunaikan tanggungjawap kepada si Mama.
"Sayang, abang nak lagi, Yang". Pelawa siPapa disertai nafas ghairah.
"Ya bang... tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?"Jawab siMama penuh kerinduan.Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak.
"Pit... dah tidur kau pit?."
"belum Papa... tengah baca buku."
"Sudah...esok saja, dah malam, tidur!!!!"Perintah s iPapa dengan tegas.
Kira kira 10 minit kemudian, si Papa teriak lagi.
"Pit.... dah tidur kau Pit?"
"Belum...."
Si Papa mengemaskan ikatan kain pelikat lalu keluar memarahi dan memukul si Apit.
"Disuruh tidur....tidurlah! !!" di luku kening si Apit sehingga benjol.
Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya,tentang benjol di keningnya. Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar Apit
"Malam nanti..kalau ditanya lagi,kamu diam saja.....ya. "
"Ya....cikgu" . jawab si Apit.
Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan Mamanya.
"Sayang, apa kata kita ke syurga lagi."
"Ya bang.....tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum"
"Pit.....dah tidur kau Pit?.Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur.
"Apit.....dah tidur kau Pit?" ulang Papanya.Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita. Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada benjol, lebih baik dia menahan ketakutannya.
Terjadilah 'pertarungan' antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Apit.Tak lama kemudian Apit terdengar suara Papanya...
"Yang...abang nak keluar ni", termengah²
"Ya Bang .. kita keluar sama-sama", dia dengar suara Mamanya menjawab.Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak sekuat hati;
"Apit nak ikutt.. Apit nak ikuuttt"
Esoknya....Apit BENJOL lagi .....apit apit.......
0 comments:
Post a Comment