Hari ni genap 4 bulan aku menetap di Laguna Biru.Sebuah apartment yg cantik,aman damai,ditemani dgn flora dan fauna serta keindahan Tasik Biru.Yang menjadi tumpuan kaki2 pancing serta penggemar sukan Jetski.Ia terletak di Kundang,tidak jauh dari Sungai Buloh.Alhamdulillah,ini adalah harta yg mampu dibeli buat kami sekeluarga berteduh.Syukur sangat2.
Setelah mendapat kunci pada 18 Feb 2011,terus aku melakukan kerja2 renovation.
Yer laa,sebelum bawa masuk barang2 semua,baik aku buat dulu apa yg patut.Nanti dah penuh barang2 dlm rumah,susah pula nak buat kerja.Bajet utk renovate pun skit jerr.Jadi buat apa yg penting2 jer.Antaranya ialah memasang plaster syiling.Kerja ni aku suruh member tempat kerja aku buatkan.Basir & Miza.Depa ni buat partime pasang2 tile,table top.Aku pun selalu ikut depa pi buat kerja.Jadi,senang la skit.
Dah siap pasang plaster syiling,skrg kerja2 mengecat pula.Keseluruhan dlm rumah ni aku cat sendiri.Letih juga la buat kerja sorang2 ni.Siap ambil cuti/MC lagi tuu...keja kena pulun laa,nak duduk cepat.haa..haa.
Hampir 2 minggu baru siap mengecat.Walaupun hasil tak sehebat tukang cat profesional,tapi aku berpuashati dgn hasil kerjatangan ku sendiri!
bersambung....
My Home Sweet Home,dlm entry yg akan datang...nantikan Apartment Laguna Biru part 2
2 comments:
salam... saya nk tau tentang Apartment laguna biru...saya bercadang membeli apartment di blok B...adakah kawasan dan kejiranan,maintenance fee,pasaraya berdekatan di sini okey? boleh beri sedikit komen??
Wasalam.Selamat datang ke Laguna Biru.Apa yg saya tau serba sedikit mengenai Laguna Biru,yuran maintenance ialah RM80.00 sebulan.Kawasan kejiranan yg baik,diduduki oleh 90% adalah Melayu.Pasaraya yg berdekatan Speedmart.Jika keluar sedikit ada The Store,Econsave dah pelbagai jenis kedai dan bank tempatan.Lokasinya di Bandar Baru Sg Buloh
Post a Comment