Kisah Tok Tahet Gila


Sayugia kisah ni berlaku kat satu kampong di sebelah utara negeri Tanah Melayu. Empunya kisah namanya Tok Tahir, disebabkan orang utara maka penduduk kampong panggil orang tua ni dengan panggilan Tok Tahet.
Tok Tahet ni kerjanya sebagai bilal di masjid kampong tersebut. Waima hari-hari dilaungkan azan selama berpuluh tahun, jemaah yang hadir tak seberapa boleh dibilang jari. Pelbagai program dibuat untuk mengimarahkan masjid juga tiada sambutan.
Bila bulan Ramadhan, berpusu-pusu orang hadir ke masjid untuk bertarawih berjemaah. Berlalu Ramadhan masjid pun lenggang kembali.
Maka bersuaralah Tok Tahet kepada imam masjid tersebut, Tok Kadir , yang digelar Tok Kadiaq oleh penduduk kampung, supaya mencari kaedah untuk meramaikan Jemaah. Namun kedua-dua orang tua gagal mencari penyelesaian.

Satu hari tepat jam 10 pagi, Tok Tahet pun tak semena-mena pergi ke masjid dan melaungkan azan.
“Allahuakbar, Allahuakbar”
Maka terkejut besar lah orang kampong. Tak pernah-pernah azan dilaungkan jam 10 pagi. Yang di pasar, di sawah, di kebun dan sekitar kampong berpusu-pusu orang ke masjid. Sangka mereka Tok Tahet dan tak betul, hilang akal kerana laungkan azan jam 10 pagi.

Belum pun selesai Tok Tahet laungkan azan, sudah ramai penduduk berkumpul di kawasan masjid. Mereka benar-benar Tok Tahet sudah gila ataupun mereng. Selesai azan, Tok Tahet pun keluar ke pintu masjid dilihatnya penuh kawasan luar masjid dengan penduduk kampong, dikira satu-persatu – hampir 200 orang juga detik hatinya. Ramai yang kehairanan tak kurang yang mentertawakannya.

Hang dah gila ka Tok Tahet”, tanya Paklong Bakaq, pengerusi JKKK.
La ni baru pukoi 10pagi, yang dok bang nak semayang apa ni. Tok Tahet ni gila ka apa?”, tanya Paksu Non, Ketua cawangan sebuah parti politik tersohor sambil gelak berdekah-dekah. Disambut hilai ketawa orang ramai di belakangnya.

Tok Tahet tersenyum sambil memerhati penduduk yang datang. Perlahan dia menjawab, “Hangpa tau ka, pagi tadi masa semayang subuh aku pulun azan, cuma 4 orang ja yang mai. La ni bukan waktu semayang, tapi bila aku azan hangpa pakat mai”.
“Jadi aku nak tanya hangpa, sapa yang gila. Waktu semayang panggey mai hangpa tak mai, tapi waktu gi ni hari hangpa pulun mai. Aku gila ka hangpa gila?”

Jawapannya ada pada kita semua........

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More