Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat

Alhamdulillah.....tercapai juga hasrat kami sekeluarga utk mengadakan kenduri menyambut puasa.Ia disertai dgn bacaan yassin dan doa selamat.Walaupun dgn modal dan masa yg terhad,hidangan dpt juga disediakan utk para tetamu.



Segala persiapan memasak lauk-pauk dimasak sendiri dan dibantu oleh jiran terdekat.Terima kasih jiran²ku :-)
Kenduri  berlangsung pada 6 Julai 2012 hari Jumaat selepas Isyak.Kerja² mengupas bawang,potong daging,potong sayuq menumis dan mcm² lagi bermula lepas aku balik sembahyang Jumaat.Time ni dah mula sibuk.Dengan sikecik ni (Muhd Adam Harith) yg tak mau duduk,nak berdukung jaa,aku dpt buat keja sat² jaa.Yg lebihnya kena mengasuh.Janji dpt potong daging dah laa,yg lain² bini aku yg buat.



Dah dekat pukul 6ptg baru laa siap hampir 90%.Lauk-pauk semua dah masak.Tunggu nasi jaa.Lepas tu bancuh ayaq Ribena + lemon.

Antara menu utk kenduri malam tu,gulai daging,sambal udang,sayur campur goreng,sambal belacan,ulam-ulaman,papedom,apam mekar,kek pelangi karamel & buah tembikai sbgai pencuci mulut.


Antara menu pada malam kenduri tu...simple² jaa.Masak pun kelam-kabut.

Apam Mekar

Ulam-ulaman & sambal belacan

Sayur campur goreng

Sambal udang

Kek karamel & Papadom

Dah siap!!

Selesai jaa solat Isyak,para jemputan mula sampai ke rumahku.Majlis dimulakan dgn bacaan yassin yg dipimpin oleh En Fendi,jiranku dari blok F.Diikuti dgn doa selamat.



Alhamdulillah,selesai sudah...tercapailah niat kami sekeluarga.Jemput makan semua.jgn malu²,tak cukup tambah lagi.


hee..hee...nak makan pun kena beratuq jugak nooo...biasa laa,rumah saiz kondo.Nanti ada rezeki au buat kenduri kat bawah,pasang khemah.  :-)

Ni diantara kaum ibu yg hadir.Yg aku jemput ni pun jiran tetangga yg terdekat.Nak jemput semua sahabat handai,kenduri ni ala kadar jaa.bajet kecik.jemput orang² surau.Insyaaallah,kalau ada rezeki lebih,aku jemput semua.Harap jgn ada yg berkecil hati.

Dah selesai semua.Tapi ada lagi yg menunggu! Kemas mengemas,basuh membasuh...aduiii penatnya.Tapi seronok.

Majlis Bacaan Tahlil & Doa Selamat

Alhamdulillah...Tercapai jugak hasrat kami sekeluarga utk mengadakan majlis tahlil dan doa selamat pada 26 Feb(Ahad) yg lepas.Hasrat ini telah terpendam sejak mula melangkah masuk ke rumah baru serta kesyukuran mendapat cahaya mata yg ke-2.Majlis berlangsung selepas solat Zohor,lebih kurang pada pukul 2ptg,para jemputan mula hadir.Majlis diketuai oleh En Khyrul Anuar selaku setiausaha JMB ALB.Thanks bro!! Terima kasih kepada semua jiran² ALB,saudara mara,rakan² yg hadir.

Menu? mmmm...masak yg simple² jer.Tak dan nak masak banyak,ada pembantu sikecil yg suka buat perangai.jeee.hee.....
Antara juadah menu simple² yg sempat dimasak oleh isteri terchinta ialah mee kuah,kek karamel,moist cake.Nasi tomato bersama lauk-pauk yg lain,aku suruh sepupu aku yg dok Kota Damansara tu tolong masakkan.Terima kasih Kak Na!! Sedap...

Sampai ke malam tetamu yg datang.Pukui 9.30mlm baru laa boleh rileks skit.Tu pun banyak lagi yg nak kena settle.Apa lagi,kemas-mengemas,basuh membasuh laa.Kesian aku tengok anak²ku,depa pun turut keletihan.Nak pula si Adam tu,nak menyusu pun tak sempat.Kerja mengemas sampai pukui 12mlm.Tu pun tak habis lagi.memang tak larat sangat.mcm nak pengsan dah ni.Tidoq dulu laa,esok nak keja pula.Balik keja ni sambung memgemas balik.Aduih...

Gambaq² akan menyusul kemudian.Tunggu my cousin uploadkan.Kebetulan sehari sebelum kenduri my digital kamera rosak.macam tau² kamera ni.Tak dan nak ambik gambaq juadah makanan.he²

Majlis Bacaan Tahlil diketuai oleh Saudara Khyrul Anuar

Makan time!! Jemput makan yer semua,jgn malu2,buat mcm rumah sendiri.

Antara tetamu awal yg hadir.Terima kasih semua!!


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More