Alhamdulillah.....tercapai juga hasrat kami sekeluarga utk mengadakan kenduri menyambut puasa.Ia disertai dgn bacaan yassin dan doa selamat.Walaupun dgn modal dan masa yg terhad,hidangan dpt juga disediakan utk para tetamu.
Segala persiapan memasak lauk-pauk dimasak sendiri dan dibantu oleh jiran terdekat.Terima kasih jiran²ku :-)
Kenduri berlangsung pada 6 Julai 2012 hari Jumaat selepas Isyak.Kerja² mengupas bawang,potong daging,potong sayuq menumis dan mcm² lagi bermula lepas aku balik sembahyang Jumaat.Time ni dah mula sibuk.Dengan sikecik ni (Muhd Adam Harith) yg tak mau duduk,nak berdukung jaa,aku dpt buat keja sat² jaa.Yg lebihnya kena mengasuh.Janji dpt potong daging dah laa,yg lain² bini aku yg buat.
Dah dekat pukul 6ptg baru laa siap hampir 90%.Lauk-pauk semua dah masak.Tunggu nasi jaa.Lepas tu bancuh ayaq Ribena + lemon.
Antara menu utk kenduri malam tu,gulai daging,sambal udang,sayur campur goreng,sambal belacan,ulam-ulaman,papedom,apam mekar,kek pelangi karamel & buah tembikai sbgai pencuci mulut.
Antara menu pada malam kenduri tu...simple² jaa.Masak pun kelam-kabut.
Apam Mekar
Ulam-ulaman & sambal belacan
Sayur campur goreng
Sambal udang
Kek karamel & Papadom
Dah siap!!
Selesai jaa solat Isyak,para jemputan mula sampai ke rumahku.Majlis dimulakan dgn bacaan yassin yg dipimpin oleh En Fendi,jiranku dari blok F.Diikuti dgn doa selamat.
Alhamdulillah,selesai sudah...tercapailah niat kami sekeluarga.Jemput makan semua.jgn malu²,tak cukup tambah lagi.
hee..hee...nak makan pun kena beratuq jugak nooo...biasa laa,rumah saiz kondo.Nanti ada rezeki au buat kenduri kat bawah,pasang khemah. :-)
Ni diantara kaum ibu yg hadir.Yg aku jemput ni pun jiran tetangga yg terdekat.Nak jemput semua sahabat handai,kenduri ni ala kadar jaa.bajet kecik.jemput orang² surau.Insyaaallah,kalau ada rezeki lebih,aku jemput semua.Harap jgn ada yg berkecil hati.Dah selesai semua.Tapi ada lagi yg menunggu! Kemas mengemas,basuh membasuh...aduiii penatnya.Tapi seronok.
0 comments:
Post a Comment