Buy 1 Get 1 FREE!


Promotion ni dari 11 Julai hingga 13 Julai jerr.Beli satu Double Cheese Burger,Mc Donald.FREE  satu.Ok la tu,boleh makan sampai puas.Lunch time aku pi SS14 PJ,konon2 nak pi beli la.Skali sampai,tengok2 ramainya orang.....beratuq sampai keluaq.mmmmm,tak jadi la nak makan.Tapau nasi goreng ayam kat food court bwah tu sudah laa.


Nak makan punya pasal,(padahal wife aku yg nak sangat,al-maklum laaa,org tengah berbadan dua) On da way balik keja aku singgah Mc Donald kat Bukit Rahman Putra,Sg Buloh.Orang pun tak ramai.Dengan kopun hitam putih ygb aku print kat opis tadi tu,dpat la juga sebiji burger dgn percuma.Tapi ala-carte jerr la.(RM6.50)
             (membaca doa sebelum makan)
                                       
Tengok tu,bukan suka lagi anakku dgn burger2 dia.Alhamdulillah.....rezeki ptg ni.
Makan yerrr Haziq...nanti abah beli lagi.

Jariku Patah?

Insiden ketika aku bermain bola tampar,sebelah malam di Laguna Biru bersama rakan2.
Akibat cuba menahan bola yg cuba di'spike',jari kelingking aku terseliuh.
Mula2 kena,jari tu terkeluaq skit,mcm terkulai,aku masukkan balik.Sakit juga laa.
Malam nak tidoq dah terasa sakit,aduhai.....dah mula bengkak.


Pagi esoknya gagah juga la pi keja,nak pulas minyak motor pun terasa nyut-nyutt......
Sampai opis,terus pi 'In-house clinic'.Doktor buat surat suruh pi check kat Hospital Assunta pula,nak kena buat x-ray.Takut2 jari tu patah.Apa....patah? ooohhh tidak....




Kat Assunta Hosp,buat x-ray.Jumpa doktor.Keputusannya,jari ok,tak der yg patah2,boleh makan lagi.haa..haa.Lega rasanya.Yg bengkak ni nak kena pi mengurut la nampaknya.
Ooo..lupa nak habaq,kos perubatan  kat Hosp Assunta ni,semua Insurans AIA company yg tanggung.Terima kasih DKSH! Dapat la MC 3 hari,bercuti laa aku kat rumah.yahoooo!!!!!

Salah Lorong ke bang?

Aikk? macam ni pun ada ke? Mungkin pemandu ni dok ingat dia bawa motor kot.Sampai salah masuk lorong.keh..keh...

Sumber foto dari internet.

Apartment Laguna Biru-part 2

Ketenangan anakku bermain² di gelanggan permainan yg disediakan oleh pihak pemaju.Di ALB terdapat gelanggang permainanan bola tampar,takraw,badminton & bola keranjang.

Hari utk memasang kabinet dapur dah tiba.Di order dari Exotic Kitchen.Kos keseluruhan lebih kurang RM5****.Dapur dari jenis Elba.Tempoh pemasangan satu hari.


Ni pula pemasangan barangan elektrik pula.Terdiri dari lampu² & kipas.Kedudukan kipas aku ubah,letak dibahagian tengah.Kesemua barangan elektrik ini dibeli dari kedai lampu & hiasan di Bukit Rahman Putra.
Dan pada hari yg sama crew dari Masterhome datang memasang rail & langsir yg ditempah.Aku suka dgn crew Masterhome ni sebab depa ni bagi idea² mcm mana nak hias rumah.Cadangan² jenis curtain yg sesuai.


Akhirnya,rumah impianku sudah sedia untuk didiami.Menunggu hari & masa yg sesuai utk berpindah.Laguna Biru,here i coming! Kepada jiran² baruku selamat berkenalan.

Keputusan Malaysia vs Taiwan


Malaysia 2,Taiwan 3 (Agregat 4-4)

Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia walaupun tewas 2-3 kepada Taiwan dalam perlawanan kedua di Stadium Perbandaran Taipeh di sini sebentar tadi.
Malaysia yang menewaskan Taiwan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu lalu, mara dengan peraturan gol di tempat lawan apabila agregat terikat 4-4.
Tahniah Skuad Harimau Malaya!!

                                                               
Layak ke pusingan kedua!
Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan sekalipun tewas 2-3 kepada Taiwan, semalam.
Dengan agregat yang terikat 4-4, dua gol yang dijaringkan di Stadium Perbandaran Taipei sudah cukup untuk meletakkan skuad Harimau Malaya menempah pertemuan seterusnya dengan Singapura pada 23 Julai ini.

Home Sweet Home-Laguna Biru

Hari ni genap 4 bulan aku menetap di Laguna Biru.Sebuah apartment yg cantik,aman damai,ditemani dgn flora dan fauna serta keindahan Tasik Biru.Yang menjadi tumpuan kaki2 pancing serta penggemar sukan Jetski.Ia terletak di Kundang,tidak jauh dari Sungai Buloh.Alhamdulillah,ini adalah harta yg mampu dibeli buat kami sekeluarga berteduh.Syukur sangat2.





Setelah mendapat kunci pada 18 Feb 2011,terus aku melakukan kerja2 renovation.
Yer laa,sebelum bawa masuk barang2 semua,baik aku buat dulu apa yg patut.Nanti dah penuh barang2 dlm rumah,susah pula nak buat kerja.Bajet utk renovate pun skit jerr.Jadi buat apa yg penting2 jer.Antaranya ialah memasang plaster syiling.Kerja ni aku suruh member tempat kerja aku buatkan.Basir & Miza.Depa ni buat partime pasang2 tile,table top.Aku pun selalu ikut depa pi buat kerja.Jadi,senang la skit.



Dah siap pasang plaster syiling,skrg kerja2 mengecat pula.Keseluruhan dlm rumah ni aku cat sendiri.Letih juga la buat kerja sorang2 ni.Siap ambil cuti/MC lagi tuu...keja kena pulun laa,nak duduk cepat.haa..haa.
Hampir 2 minggu baru siap mengecat.Walaupun hasil tak sehebat tukang cat profesional,tapi aku berpuashati dgn hasil kerjatangan ku sendiri!


bersambung....
My Home Sweet Home,dlm entry yg akan datang...nantikan Apartment Laguna Biru part 2

Kes Kemalangan


Kemalangan yg berlaku t.hari tadi lebih kurang pukul 1.10 t.hari,ketika aku hendak ke tempat kerja.Kenderaan jenis Hyundai Getz yg dipandu oleh seorang lelaki Cina bersama isterinya berumur lingkungan 50-an.Berlaku di LDP berhampiran susur masuk ke 1-Utama.Arah Sg Pencala menuju P.Jaya.Bertentangan dengan simpang ke Ikea.Dipercayai kereta ini dipandu laju.Mujur tiada kemalangan jiwa/kecederaan yg serius.Aku orang ketiga yg sampai ke tempat kejadian.Hulurkan bantuan.



Menurut kata Auntie tu,dia kata nak mengelak kereta yg kat depan.Tiba2 terus hentam divider.Tu yg naik 4-4 tayar kat atas tu...
Aku tgk tak der pula kereta didepan.mmmm....ntah lerr.Aku tinggalkan Auntie & Uncle tu dgn 'callman' yg mula memenuhi jalan.Malas aku nak campur.Janji aku dah tolong Auntie & Uncle tu.

Tengok tu...jalanraya dah mula nak jem.Yg sebelah sana pun sama.Biasa la,1 Malaysia la katakan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More