Dinding Basah

Hari ni hampir 9 bulan kami mendiami di Apartment Laguna Biru.Semasa dapat kunci hari tu,semua keadaan dlm rumah memuaskan hati.Tapi bila sampai bulan yg ke-9,aku ternampak kesan basah/lembab kat dnding ruang tamu & bilik no. 2.Mungkin ada paip leaking kat mana-mana kot.Rumah ni masih dah 'Warranty' jadi apa2 masalah just komplen jaa.Nanti pihak kontaktor mai buat.Kalau nak komplen pun kena isi Borang Kerosakan yg diambil dari Pejabat Pengurusan MNA kat blok E.
Rasanya hampir sebulan selepas isi borang kerosakkan,baru depa mai buat.Biasa laa,mungkin banyak rumah lagi yg nak kena repair.Nasib laa rumah aku ni tak dak kerosakan yg teruk.Alhamdulillah......

Kesan tompokan lembab pada permukaan dinding.

Hari Isnin baru ni,sempena cuti Keputeraan DYMM Agong,pihak kontaktor datang repair tempat defect tu.
Kat hall depa kata tak dak kesan lembab,pas tu pekerja tu cuma kikis cat yg lama,lepas tu simenkan balik.Aik? senangnya kerja.Tak pa,aku nak tengok berapa lama boleh bertahan.Pada firasat aku,hee,kesan lembab tu datang dari luar,kemudian meresap ke dinding.Tunggu jer la lagi 2-3 bulan,tengok mcm mana keadaannya.

Ok,utk bilik ke-2,yg ada kesan basah,mmg datang dari saluran bilik air.Kontraktor tu kata ada lubang besar yg keliling saluran paip tu depa tak plaster elok2.Jadi,kesan yg kat dinding tu,kontraktor dah kikis buang & simenkan balik.Utk bilik air depa tampal sekali lagi,guna simen putih (apa namanya pun aku tak tau).
Bilik air tu aku biaqkan 3 hari tak guna.nak bagi simen putih tu betul2 melekat kuat.Dah siap! Kontraktor tu kata dalam 4 hari lagi (Jumaat) depa nak mai gosok & cat balik.Aku tunggu!

Selepas kerja pembaikpulih dilakukan

Hari yg ditunggu dah tiba,depa janji nak mai buat cat balik dlm pukui 8.30 pagi.Tunggu punya tunggu,sampai pukui 9pagi pun tak mai lagi.Apa lagi,mengamuk aku tepon opis MNA.Jawapan seperti biasa,nanti depan akan check & hantaq orang.Dah lebih pukui 10 ni,tak boleh jadi,aku plan lepas buat cat tu,aku nak remove semua perabot,nak susun atur lain.Biasa laa,semangat tahun baru.he2
Last2 aku gosok & cat sendiri dinding tu.Lagi pun lebihan cat ada lagi.Dah siap!! Masa utk berkemas! Tunggu entri yg akan datang.Deco-deco for new year !!

2 comments:

lepas tu ? betul ke dah ok dinding nya ?

rumah sy pun mcm ni .. xtau nak buat cmne . dah bnyk kali cat , bpe bulan kmdian jadi lg

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More