SARA 1Malaysia


Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

*ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah AS 1Malaysia.


CIRI-CIRI ISTIMEWA SKIM
•Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
•Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
•Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

CIRI-CIRI PINJAMAN

•Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
•Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
•Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
•Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:
1.Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut;
2.Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan;
3.Peserta didapati muflis; atau
4.Peserta meninggal dunia.



KRITERIA KELAYAKAN

1. Apakah kriteria-kriteria kelayakan untuk memohon dalam Skim ini?

a. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun;
b. Pemohon mesti mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah antara RM500 hingga RM3,000;
c. Pemohon tidak diisytiharkan muflis semasa memohon serta sepanjang tempoh penyertaan dalam skim;
d. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB iaitu "Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)", "ASB Sejahtera" dan "ASW2020-Bandar";
e. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000.


CARA-CARA MEMOHON

1. Bagaimanakah saya membuat permohonan untuk menyertai Skim ini?

Para pemohon yang berminat hendaklah mendapatkan borang permohonan di salah satu cawangan bank-bank terlibat mulai 30 Januari 2012**. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.


**Tertakluk kepada pindaan

2. Apakah bank-bank yang menyertai skim ini?

Empat bank iaitu Maybank, CIMB, RHB dan BSN.


3. Berapa lamakah tempoh permohonan?

Permohonan dibuka selama satu (1) tahun dari tarikh pelancaran skim atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.


4. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan?

Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti berikut:

a. Kad pengenalan pemohon (2 salinan);
b. Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan);
c. Bukti pendapatan:

•- 1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini
•- 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini


5. Bagaimanakah saya tahu sama ada permohonan saya berjaya?

Para pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak bank.

Sumber:SARA 1Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More