Bajet 2012:Bantuan RM500 kepada setiap isi rumah

LHDN Buat Bayaran Bantuan Kewangan RM500 Kepada Isi Rumah
Berpendapatan Bulanan 3 Ribu Ringgit dan Ke bawah.


Bayaran bantuan kewangan 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam sesi pembentangan Belanjawan 2012, akan mula diagihkan seawal²nya mulai Januari 2012. Pengagihan bantuan wang tunai secara "one off" atau sekali sahaja ini, akan mula diagihkan secara berperingkat² kepada isi rumah yang layak berdasarkan fail² pembayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Selain itu, LHDN yang juga merupakan agensi utama pelaksanaan bantuan juga akan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar² layak untuk menerima bantuan terbabit. Bagi yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, mereka boleh la mendapatkan borang pendaftaran tersebut melalui laman sesawang LHDN, cawangan² LHDN, Pejabat Kebajikan Masyarakat serta kawasan² lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.

Mengenai syarat kelayakan bantuan kewangan tersebut, pengiraan pendapatan RM3,000 ke bawah adalah berpandukan kepada keseluruhan isi rumah dan bukannya membabitkan individu tertentu. Antara agensi² lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan ini ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia.




Berikut adalah Teks Ucapan Pembentangan Belanjawan 2012 mengenai bantuan kewangan tersebut;

Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

acai®:kalau nak baca teks penuh Pembentangan Bajet 2012,klik SINI
Semoga apa yg dirancang,mendapat manfaat kepada semua pihak.Dan diharap pihak yg dipertanggungjawabkan dpt menjalankan amanah dgn jujur.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More