Cerita Lawak-Gajah Terbang!

Ada seorang peladang berjaya melatih seekor gajah dan seekor kuda untuk memahami bahasa manusia. Dia juga berjaya melatih Gajah dan kuda itu untuk mematuhi beberapa perkara dari arahannya sahaja.

Satu hari dia menawarkan 10 000 Dirham untuk sesiapa yang berjaya membuatkan gajahnya mengangguk kepala dan sesiapa yang tidak berjaya akan bekerja di ladangnya. Ramai la orang mencuba tetapi hampa dan terpaksa menjadi buruh kasar bergaji rendah di ladangnya.

Setelah sebulan datanglah seorang pemuda untuk mencuba. Dia pun membelek gajah tu tetiba dia menunjukkan ke satu arah, "Lihat ada gajah terbang!" Semua orang pun memaling kepala ke arah ditunjukkannya. Dengan sepantas kilat dia menyepak dengan kuat kemaluan gajah itu.Menjerit la gajah tu. Semua orang pun memalingkan muka ke gajah tersebut. Pemuda tu membisikkan ke telinga gajah tu "Sakit tak?". Gajah tu pun mengangguk kepala dan pemuda tu memenangi pertandingan itu. Bengang peladang tu kat gajah dia. Dia berikrar untuk melatih gajah itu menjadi lebih hebat.

Tahun depan dia mengadakan pertandingan kali ini sesiapa yang boleh buat gajah itu mengangguk dan menggeleng kepala akan memenangi 10 000 Dirham dan tiket untuk menonton funfare.
Sekali lagi ramai la orang yang mempunyai keyakinan tinggi seperti peserta American Idol mencuba untuk bertanding. Dan ramai lagi pekerja murah yang peladang tu dapat. Selepas 2 bulan pemuda yang menang tahun lepas pun datang dan menyatakan ingin bertanding. Oleh kerana peladang tak puas hati dengan keputusan tahun lepas dia pun membenarkan.

Pemuda itu pergi ke gajah tersebut membisikkan "Ingat saya lagi tak?" Terus gajah itu mengangguk ketakutan. Lepas itu pemuda tu berbisik lagi, "Nak kena macam tahun lepas?".Gajah itu pun menggeleng kepalanya dengan pantas jadi pemuda itupun menang.

Peladang tu tak puas hati dan berkata bagai toke judi yang kehilangan banyak wang, "jika ko boleh buat apa yang aku suruh ko boleh pergi dan ambil lagi 10 000 dirham.Jika tidak ko kena kerja dengan aku". "Ok, buat apa?"jawab pemuda itu. Peladang itu berkata lagi"Ko mesti membuat kuda aku ketawa dan menangis". "Ok" jawab lagi pemuda itu.

Pemuda itupun pergi ke kuda tersebut dan berbisik sesuatu. Kuda tu pun gelak la macam tak ingat dunia. Dah habis ketawa pemuda itu macam rapat dengan kuda itu dan menunjukkan sesuatu. Kuda itu pun diam dan menangis teresak - esak...

Pemuda itu pun memenangi pertandingan itu...

1 comments:

hangpa mesti nak tau,awat kuda tu gelak & menangis kan? tunggu.....sambungannya.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More