Kenyataan Media:LHDN:Pendaftaran dan Borang Permohonan PERCUMA




PENDAFTARAN DAN BORANG PERMOHONAN PERCUMA UNTUK BANTUAN MERINGANKAN KOS HIDUP RAKYAT

Kuala Lumpur, 13 Oktober - Lanjutan daripada pengumuman Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri berhubung pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah, perlaksanaannya akan berkuatkuasa pada bulan Januari 2012 secara berperingkat dan pendaftaran serta borang permohonan adalah secara PERCUMA.

Pendaftaran bagi pemohon yang layak hanya boleh dilakukan setelah Borang dan sistem berkaitan siap disediakan. Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, pendaftaran melalui perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDNM akan turut disediakan kelak.

Di samping itu beberapa agensi kerajaan yang lain akan dikenalpasti bagi membantu melicinkan urusan pendaftaran permohonan.Syarat-syarat permohonan akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan dan akan diumumkan melalui Kenyataan Media kepada semua akhbar.Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui Kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik termasuklah Bank Simpanan Nasional.

Sehubungan itu, seluruh rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini dinasihatkan agar bersabar dan tidak perlu mengunjungi kaunter-kaunter perkhidmatan kami pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran sehinggalah semua urusan perlaksanaannya siap dilakukan. Atas perhatian dan kesabaran mereka kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Rujukan:DISINI

acai®:tu dia....LHDN dah keluaqkan kenyataan media.Jadi kita ni tak payah
la kelam kabut lagi.Kita tunggu depa ni buat kerja dulu.Sapa yg tak mau duit oooiiii.RM500 tu,dapat la tampung serba sedikit perbelanjaan.Jadi kita sama2 tunggu,apa langkah selanjutnya.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More